Thursday, December 30, 2010

Fitnah Zaman

FITNAH ZAMAN DAN DAJJAL AL-MASIH

Kita umat Islam sekarang telah berada didalam zaman yang penuh dengan nama Fitnah Zaman dan Dajjal Al Masih yang ada disekeliling pinggang serta yang telah mempunyai isma' isma' sebanyak 73 Mazhab. Ada pula Mazhab yang mengakui Islam itu mempunyai Nabi yang bersendirian selain Nabi Muhammad SAW yang padahalnya adalah asas dan pokok. Barangsiapa mengaku adanya Nabi selepas Nabi Muhammad SAW adalah orang itu dusta dan Nabi palsu. Alangkah ajaibnya manusia boleh percaya pada Nabi palsu, maka ajaran Nabi palsu itu jadi 'Atikad pula pada mereka dengan jauh daripada menerima amanah Rasulullah SAW yang mengatakan tidak ada Nabi selepas Junjungan itu. Ajaran yang palsu itu mereka mengaku pada Mazhab didalam Islam, padahal terang terang mereka adalah SESAT dan diluar pada sebenarnya yang HAKIKI.

Selain daripada itu orang-orang Islam sendiri yang sudah alim didalam SYARIAT kerana ingin mencari nama besar dalam dunia, mahu diakui yang dialah expert dalam Islam melebihi Ulama. Pasal itulah mereka mencari Diploma akuan yang tersebut luar daripada penganut-penganut Islam maka mereka sanggup terima pengakuan daripada guru-guru Kristian dan Yahudi dengan ajaran-ajaran orang bukan Islam yang tak beriman pada Nabi Muhammad SAW asal saja mereka terima gelaran Doktor dalam ugama dalam Islam atau PHD Ugama Islam. Padahal laku dan budi mereka ini jauh menyimpang daripada umat Islam sebenar. Kalau Diploma yang demikian tinggi ertinya PHD Ugama Islam itu datangnya daripada Ulama Islam dan Negara Islam adalah Ala Kul Li Hal tetapi sebaliknya tentulah akibatnya 'Atikad yang dipelajari itu macam campur aduk Islam dengan Kristian, Islam dengan Yahudi maka itulah yang berkembang pada masyarakat Islam yang memang diselaputi oleh Fitnah Zaman dan didatangi oleh Dajjal Al Masih.

Apakah hakikat ini umat Islam sedunia masih tak sedar? Apakah belajar ugama dan 'Atikad Islam pada bukan daripada orang-orang Islam itu lebih dari Bida'ah? Apakah hakikat itu tak akan jadi 'Atikad? Apakah 'Atikad yang sebegitu rupa bukan campur aduk dengan agama Kristian dan Yahudi?

Masa sudah sampai umat Islam sendiri mesti berdiri dengan kakinya sendiri berkenaan dengan Agamanya. Demikian juga jika Diploma-diploma yang berkenaan dengan agama Islam mesti daripada orang-orang Islam iaitu Ulama Islam yang lebih utamanya dalam Negara Islam. Sejarah sudah bukti Mazhab telah tumbuh disebabkan mualaf-mualaf Islam daripada kaum Yahudi yang sengaja menyesatkan ajaran agama Islam, maka apa yang sudah berlaku itu mustahil tak akan berulang kembali sebab:-

1. Kelalaian orang-orang Islam sendiri

2. Orang-orang Islam yang ingin mencari nama yang lebih tinggi daripada darjat Ulama, maka sanggup terima pengakuan yang bukan Islam, maka akibatnya Islam telah berpecah kepada :-

a. Puak Ulama

b. Puak Intelek Islam

Maka kedua puak ini akan bertelingkah, masing-masing membenarkan ilmunya walaupun Nabi telah mengakui bahawa Ulama itu adalah pewaris Nabi-Nabi dan belum ada Hadis mengatakan bahawa Intelek Islam itu waris Nabi.

3. Secara tak langsung Agama Islam dinodai oleh ajaran Kristian dan Yahudi melalui dengan Diploma Islam PHD. Malangnya Ulama Islam berkenaan dengan soal Dajal Al Masih dan Fitnah Zaman, mereka tak nampak dan tak mahu nampak. Apakah sebab jadi begini? Sebab orang-orang Islam sekarang ini sudah tidak menggunakan akal yang Allah berikan dan tidak berpandukan Al-Quran & Hadith. Banyak yang mengunakan emosi dan perasaan dalam penerimaan Agama Islam. Mereka asyik nampak kelemahan orang lain dan mereka hanya nampak pada keislaman mereka sahaja dan membuat fitnah terhadap keislaman orang lain selain dari kaum-kaum atau puak-puak mereka sendiri.

Sampai sekarang ini masih ada orang yang bukan sebenarnya expert dalam Islam tetapi diberi gelaran seperti Ulama dan Tok Guru atau Ustaz oleh pengikut-pengikutnya yang taksub. Ada juga Ulama-ulama palsu yang sanggup mengeluarkan hujah-hujah fitnah dan fatwa-fatwa yang memihak pada diri dan puak-puak sendiri untuk meraih sokongan dan mengelirukan umat-umat Islam. Sampai ada fatwa atau ucapan yang mengatakan Allah pun MENCARUT dan Allah juga SAMSENG. Dan disebabkan inilah ramai pengikut-pengikut yang taksub telah dididik menjadi samseng agama dan suka mencaci mencarut saudara-saudara seislam dan ada juga yang sanggup mengkafirkan Islam orang lain. Ini lah yang dikatakan Fitnah Zaman dan Fitnah Dajal Al Masih.

Fitnah Zaman juga ternampak bila orang-orang bukan Islam dibenarkan mencemar kesucian masjid dan memberi ceramah-ceramah didalam rumah Allah dan dibenarkan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran dan Hadith bagi mencapai cita-cita dan agenda mereka. Orang-orang Islam sendiri bersengkokol dengan puak-puak yang terang-terang anti Islam atau musuh Islam. Apakah masih ada orang islam yang tidak nampak akan songsangnya pembawaan dakyah seperti ini ?

Apakah sudah menjadi kenyataan dengan firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 142 yang berbunyi, » Allah yang memberikan petunjuk & Hidayah pada sesiapa yang dikehendakiNya «

dan Surah Al-Faatir yang berbunyi, « Kerana sesungguhnya Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya «

Ulama waris Nabi-nabi pasti mesti bersikap seperti Nabi-Nabi yang lampau jika mereka betul-betul waris Nabi-Nabi. Jika tidak, maka terimalah segala Fitnah Zaman dan Dajal Al Masih dengan megah dan bangga, maka itulah Bida'ah yang akan ditanggung oleh orang-orang yang berkenaan masa berada dilubang kubur nanti. Disanalah soal yang masing-masing bertanggung jawap sebelum Hari Yang Berbangkit itu. Janganlah kita asyik nampak dan bermegah dengan keislaman dan solat kita sahaja yang belum pasti diterima Allah…silap-silap haribulan maka matilah kita dalam keadaan Yahudi, Nasrani ataupun mungkin dalam keadaan kafir atau pun murtad disebabkan kejahilan yang ada didalam diri dan sikap keegoan & kesombongan diri yang tidak mahu terima nasihat dan tunjuk ajar dari orang lain!.

Na’uzubillah minzalik..