Thursday, December 22, 2011

KARUT-MARUT NIK AZIZ SEPANJANG MASA


Berikut adalah beberapa ungkapan, ucapan dan sikap mengarut Tok Guru sepanjang masa :-

1. Nik Aziz pernah menyamakan kelahiran Nabi Muhammad SAW sama seperti ‘mamat-mamat’ lain, justeru, Maulidur Rasul tidak perlu disambut.

2. Nik Aziz berkata boleh berkawan dengan syaitan untuk menjatuhkan UMNO.

3. Nik Aziz mengatakan seluruh ayat dalam al-Quran adalah politik.

4. Nik Aziz kata DAP lebih Islam daripada UMNO.

5. Nik Aziz benarkan pemimpin DAP menggunakan ayat al-Quran dan hadis ketika kempen politik.

6. Nik Aziz setuju kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam.

7. Nik Aziz pada bulan Mei 1999 berkata Pas bersyukur DAP berubah pendirian dan mahu bekerjasama dengan Pas asalkan tidak menubuhkan Negara Islam.

8. Niz Aziz menggelar UMNO sebagai barua.

9. Nik Aziz menggelar ulama UMNO sebagai terompah kayu.

10. Nik Aziz kata Allah juga samseng dan mencarut.

11. Niz Aziz tuduh mufti Perak sebagai ejen UMNO.

12. Nik Aziz pernah menggesa diadakan doa bala keatas Perdana Menteri.

13. Nik Aziz pernah sifatkan Malaysia sampai sekarang belum merdeka kerana Perlembagaan Persekutuan kafir.

14. Nik Aziz pernah doakan Perdana Menteri pecah perut kerana kes royalti minyak.

15. Nik Aziz pernah berkata dia tidak bangga jadi Melayu.

16. Nik Aziz berkata berkali-kali dia suka Cina malah mahu suatu hari nanti Cina memimpin Pas.

17. Nika Aziz kata dengan UMNO dia tidak mahu bersatu tetapi dengan parti cauvinis Cina DAP, dia boleh bersatu. Nik Aziz menuduh UMNO nasionalis dan assabiyah, sebab itulah tidak boleh bersatu.

18. Nik Aziz kata UMNO hanya untuk orang Melayu, manakala Pas untuk semua orang Islam, tidak kira Melayu, Cina atau India.

Banyak lagi kenyataan dan hujah Nik Aziz yang dianggap tidak berpijak di bumi nyata. Setiap kali hujahnya dilaporkan di media, pengikut Pas akan mempertahankannya, semata-mata berasaskan kepentingan politik. Tanpa membuat penilaian lojik, mereka terus menyokong. Sikap menyebabkan mereka dianggap sebagai pengikut taksub.

Disebabkan Pas mengiktiraf Nik Aziz sebagai pemimpin parti dan ulama, apa juga perkara dicakapkannya semua dianggap betul, disokong dan dipertahankan. Kenyataannya tidak pernah disanggah sesiapa dalam Pas walaupun apa yang diucapkannya tidak betul.

KERAJAAN PKR SELANGOR GAGAL TUNAI JANJI PRU12


KUALA LUMPUR 2 Dis – “Bila rumah tidak berketua, celaka datang bala menimpa, bila negeri pemimpin kurang bijaknya, alamat hidup aniaya menganiaya“. Itulah rangkap pantun yang dilontarkan oleh wakil Selangor, Datuk Johan Abd. Aziz bagi menggambarkan nasib rakyat Selangor di bawah pentadbiran kerajaan PKR yang sebenarnya menipu rakyat kerana gagal menunaikan janji-janji dalam manifesto pada PR12 lalu.

Menurut Johan, kegagalan dan kerakusan kerajaan PKR dibawah pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim akan menjadikan Selangor negeri paling maju di negara ini muflis.

Jelasnya, pakatan pembangkang dalam manifestonya pernah berjanji akan membuka tabung permulaan sebanyak RM100 bagi setiap kelahiran anak Selangor. Bagaimanapun, katanya, persoalan timbul apabila laporan Tabung Wawasan Anak Selangor (Tawas) menunjukkan, sehingga 16 April 2010 hanya 300 bayi yang mendapat kemudahan tabung tersebut.

Mereka juga berjanji akan memberikan bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nurseri, memberi bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan pra sekolah, elaun kepada ibu-ibu tunggal yang layak dan elaun khas kepada suri rumah yang memilih untuk menjaga sepenuh masa anak-anak kecil mereka sekiranya diberi amanah memerintah negeri Selangor. Dah perintah pun, tak pernah dapat pun, sudah tiga tahun memerintah. Malah, Wan Azizah baru-baru ini berjanji di Johor akan memberi RM1,000 kepada setiap rumah. Adakah kita masih leka dengan jajni-janji palsu pakatan pembangkang ini?,” soalnya ketika membahaskan usul ucapan Dasar Presiden pada Prhimpunan Agung UMNO 2011 disini hari ini.

ROBOHKAN PENJARA?


Kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali bahawa jika Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan, parti itu akan ‘merobohkan tembok penjara’ untuk membebaskannya, menceritakan banyak perkara.

Ia dengan sendiri memberitahu pemikiran orang yang menuturkannya yakni Azmin berada pada tahap mana. Lebih teruk apabila kita melihatnya dari aspek perundangan – apakah kenyataan sebegitu membantu mendaulatkan undang-undang negara? Jika itu pegangan Azmin dan itu juga pendirian PKR, amatlah malang kepada mereka yang memberi sokongan kepada Azmin dan parti tersebut.

Apa yang jelas, kenyataan itu bertitik tolak daripada keangkuhan berpolitik Azmin sehingga membuatkannya melanggar apa sahaja demi kepuasan hati yang bagi Awang beliau terlalu banyak bernaung dibawah ketua pembangkang tersebut.

Semua sedia maklum, perbicaraan kes liwat Anwar sudah berada pada peringkat akhir dan Mahkamah Tinggi. Biarlah orang yang arif membuat keputusan. Sama ada Azmin atau sesiapa sahaja, terimalah apa juga keputusan mahkamah kelak.

Dalam apa juga percaturan kita, tanpa mengira bidang apa sekalipun, janganlah kita mudah hilang arah dan pedoman dalam kehidupan bernegara.

Negara kita mempunyai undang-undang dan siapa lagi yang bertanggungjawab mendaulatkannya jika bukan kita selaku rakyat! Dan, semua orang tertakluk kepada undang-undang negara ini dan ia perlu dihormati.

- AWANG SELAMAT

KORBAN : DAP SENGAJA PERLEKEH SENSITIVITI ISLAM


KUALA LUMPUR 17 Nov – Tindakan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok mengagihkan sendiri daging korban kepada masyarakat Islam baru-baru ini menggambarkan budaya DAP yang sengaja memperlekehkan sensitiviti umat Islam.

Lebih malang apa bila parti pembangkang itu akan mempertahankan perbuatan mereka dengan menuding jari kearah UMNO yang dikatakan sengaja mengada-adakan cerita.

Baru-baru ini, dua blog http://novandri.blogspot.com dan http://klxpress.blogspot.com mendedahkan perbuatan Teresa tersebut. Walaupun secara hukumnya, perbuatan Teresa mengagihkan daging korban itu tidak haram tetapi ia boleh mengundang ketidakselesaan kepada umat Islam.

Bagaimana pun, blog-blog tersebut tidak pula menjelaskan bila dan dimana gambar Teresa itu dirakamkan. Pemimpin-pemimpin DAP akan mengambil apa saja peluang serta bersikap hipokrit bagi meraih undi.

Apabila berdepan dengan kaum India, mereka kata akan menentang ibadah korban dilakukan di sekolah atau tempat awam tapi dengan orang Islam pula mereka pula yang terlibat mengagih daging korban, kata blog-blog itu.

Ramai yang terytanya-tanya kemana hilangnya pemimpin Islam sehingga agihan daging korban terpaksa dilakukan oleh pemimpin bukan Islam?

SIAPA SEBENARNYA YANG KUFUR?


Lagi sekali Nik Aziz membuat kenyataan yang melukai hati umat Islam. Dalam menangani isu ‘Ustaz Budak’ yang menyamakan dia dengan nabi, Nik Aziz mengambil kesempatan untuk menyerang pihak yang tidak menerima Islam sebagai kufur, katanya.

Semua orang tahu dia menghina UMNO dan menganggap UMNO tidak ‘Islamik’ menurut tafsiran ilmu politik yang bersemayam dalam serbannya. Tanya kepada Nik Aziz sejak 21 tahun jadi Menteri Besar Kelantan, apakah sumbangannya yang maha besar untuk memakmurkan Islam? Apakah dengan gelaran ‘Serambi Mekah’ maka dia sudah menjelmakan ciri-ciri ‘Islamik’ dalam pentadbirannya?

Apakah Nik Aziz tidak tahu bahawa Malaysia memperkenalkan perbankan Islam hingga menjadi sumber ilham kepada negara-negara Arab untuk menubuhkan bank Islam?

Tahukah Nik Aziz bahawa pakar-pakar perbankan Islam dari Malaysia menjadi pakar runding kepada beberapa bank termuka di negara-negara Timur Tengah? Kini banyak bank-bank asing sudah memperkenalkan perbankan Islam sesuai dengan kehendak zaman. Siapakah yang merintis jalan? Sudah pasti bukannya Pas!

Siapakah yang mengasaskan Tabung Haji? Pas atau kerajaan UMNO?

Tahukah Nik Aziz pelbagai negara Islam dalam OIC menjadikan Tabung Haji sebagai contoh mereka untuk menguruskan jemah haji? Bukankah ini suatu usaha yang baik bagi umat Islam untuk menunaikan rukun kelima?

Racangan Felda yang dilaksanakan oleh Tun Razak bagi memperkukuhkan ekonomi orang Melayu dan Bumiputera itu tidak ‘Islamik’? Bukankah ini suatu projek gergasi yang mana para penyokong Pas juga mendapat faedahnya sekarang? Bukankah ini kebajikan yang diberikan UMNO untuk membahagiakan dan mensejahterakan orang Melayu? Tanya pada Nik Aziz mengapakah Kohilal tajaan Pas gagal?

Permodalan Nasional Berhad (PNB) kini merupakan sebuah institusi gergasi yang diwujudkan kerajaan UMNO / BN untuk mengumpul dana dari orang Melayu / Bumiputera. Bukankah ini usaha suci kerajaan sekarang untuk memakmurkan rakyat khasnya orang Melayu?

Parti politik manakah yang memperjuangkan Islam sebagai agama rasmi Negara Malaysia seperti mana yang dikeramatkan dalam perlembagaan? Bukan Pas tentunya, bukan Nik Aziz tentunya.

Siapakah yang mendirikan sekolah-sekolah agama diseluruh negara yang mana anak-anak orang Pas juga turut mendapat faedahnya? Sudah pasti bukannya Pas atau Nik Aziz.

Apakah Pas yang mendirikan Universiti Islam Antarabangsa? Tanyalah pada Nik Aziz.

Ayat pertama yang diturunkan Allah ialah IQRA’ (BACALAH...) yang bermakna sumber kekuatan manusia ialah ILMU untuk mendapat keredaan Allah di dunia dan akhirat. Inilah yang diperjuangkan kerajaan UMNO /BN dengan perbelanjaan berbillion ringgit setiap tahun untuk memberi peluang pendidikan yang terbaik kepada rakyat.

Apakah anak-anak orang Pas di anak tirikan untuk mendapat peluang pendidikan oleh kerajaan UMNO/ BN? Tanyalah pada Nik Aziz. Solat hajat, doa dan tazkirah semata-mata tidak dapat membantu ummah kalau nawaitunya songsang.

Jangan membohongi sejarah dan jangan celupar mulut mengkufurkan orang lain yang tidak sehaluan dengan pegangan politik dan fahaman agama yang songsang.

Nik Aziz boleh hidup dalam dunia mimpinya bahawa Pas lebih ‘Islamik’ dari UMNO. Dia boleh menipu sejarah dan menipu dirinya sendiri tetapi rakyat yang celik politik tahu siapa yang lebih ‘Islamik’ dalam melaksanakan perintah Allah.

Kalau air bersih dan tenaga elektrik pun dia tidak mampu memberi kemudahan kepada rakyat Kelantan, janganlah berselindung disebalik agama Islam mendakwa pentadbirannya lebih ‘Islamik’ dari kerajaan UMNO / BN.