Sunday, April 17, 2011

Amanat Tuan Guru Hj Hadi Awang

Pada 16hb Mac 2001 akhbar rasmi PAS membuat tajuk utama muka depan,” Amanat Hj Hadi, Saya Puas Hati Kesannya – Hadi” yang memberitahu tentang hasrat Hj Hadi untuk menerbitkan buku mengenai amanatnya. Dalam lapuran akhbar itu Hj Hadi berkata,” Hampir semua masa kosong saya habiskan untuk menulis buku ini sejak sebelum bulan puasa lagi. Dulu kita rujuk pakai buku tetapi sekarang dengan tiga CD saja, seolah-olah saya membawa berpuluh2 kitab”.

Ingatkan Hj Hadi mempunyai sesuatu untuk diperkatakan dalam buku mengenai amanatnya selain daripada yang pernah diperkatakan dalam banyak kenyataan, wawancara dan ceramah2, tetapi rupanya tidak. Huraian dan penjelasan Hj Hadi dalam buku itu lemah dan tidak ada beza pun dengan kenyataan, wawancara dan ceramah beliau sebelum itu.

Malah buku Hj Hadi pula tidak ilmiah, silap menulis hadis Rasulullah SAW ( muka surat 3 ), mengambil pandangan dan fakta secara bebas tanpa menyebut kitab2 yang dirujuk ( macam orang menulis dalam akhbar saja ) dan ini tidak termasuk tindakan Hj Hadi menukil pandangan Dr al-Qaradawi dan Hassan al-Hudeibi ( muka surat 37 ) tanpa menyebut rujukan, tidak menyiarkan seluruh rakaman ucapan beliau dan tidak membincangkan satu persatu kandungan ceramah berkenaan serta ucapan yang dipetik menjadi amanat itu. ( Bukankah tindakan ini menunjukan Hj Hadi sengaja menyorokkan perkara benar?)

Lebih dari itu buku beliau turut menguna bahasa biadab dengan menggelarkan ulama2 UMNO sebagai terompah dan syaitan bisu. Padahal bahasa yang dihalal Nik Aziz untuk digunakan keatas orang lain dan diharam digunakan keatas mereka itu ditegah terang2 oleh Allah dalam surah al-Hujarat ayat 11 dan Maha Berkuasa menganggap orang yang melakukan perkara itu sebagai orang zalim.

Allah berfirman,” Wahai orang2 yang beriman! Janganlah sesuatu pihak ( dari kaum lelaki ) mencemuh dan merendah2kan puak lelaki yang lain, ( kerana ) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula suatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah2kan puak perempuan yang lain, ( kerana ) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. ( Larangan2 yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka ) amatlah buruknya sebutan dia beriman dan ( ingatlah ), sesiapa yang tidak bertaubat ( daripada perbuatan fasiknya ) maka merekalah orang2 yang zalim”.

Dalam pada itu apa guna Hj Hadi membawa komputer riba kemana2 dan memiliki tiga CD yang mengandungi berpuluh2 kitab jika beliau menghasilkan buku yang lemah dan tidak berwibawa? Teringat teguran Allah terhadap orang2 Yahudi yang mempunyai banyak kitab tetapi tidak mengambil faedah daripadanya. Firman Allah, “ Samalah seperti keldai yang memikul bendela Kitab2 besar ( sedang ia tidak mengetahui kandungannya )” surah al-Jumu’ah ayat 5 ).

Buku Hj Hadi itu pula jika tanpa tajuk “ Amanat Hj Hadi “ serta pendahuluan beliau dan mukadimah yang ditulis oleh Datuk Fadzil Noor dan Azizan Abdul Razak tidak mungkin diketahui pun bahawa itulah buku yang menghurai dan menjelaskan mengenai amanat berkenaan yang diuar-uarkan oleh HARAKAH. Ini kerana buku itu membincang secara umum tentang jihad ( bab 1 ), negara Islam ( bab 2 ), perpecahan umat ( bab 3 ), mustika hadis ( bab 4 ) dan Islam dan Pelampau ( bab 5 ).

Hj Hadi tidak mungkin sebagai seorang Islam boleh menghasilkan buku ilmiah mengenai amanat beliau itu kerana kita sudah ketahui hukum mengkafirkan orang Islam tidak boleh diilmiahkan. Buat macam mana pun ia tetap bercanggah dengan ajaran Islam. Tetapi kenapa masih ada penyokong2 PAS tidak faham tentang ini? Apakah mereka tidak faham atau sengaja buat tak faham atau sememangnya mereka ini sangat jahil dan senang diperbodohkan oleh pemimpin2 mereka atau mereka ini terlalu taksub dengan mengatakan Islam merekalah yang lebih Islam daripada Islam orang lain.

Dengan itu Hj Hadi bukan saja tidak berani menyiarkan sepenuhnya ceramah yang dibuat di Kampung Banggul Peradung pada tahun 1982 bahkan petikan yang dijadikan amanat itu pun Hj Hadi tidak berani siarkan juga. Mungkin beliau dan sahabat2 dikalangan pemimpin PAS memikirkan tentang padah buruk yang akan diterima jika berbuat demikian kerana akan menyebabkan bukan saja huraian dan penjelasan beliau dalam 52 muka surat dalam buku berkenaan tidak dapat menjawap kesangsian masyarakat terhadap keterlanjuran diri beliau tetapi ia akan memperkukuhkan lagi kedudukan beliau dalam kandang pesalah yang dimasuki sejak tahun 1982 itu. Kenapa tidak? Tidakkah Hj Hadi mendakwa dalam amanatnya secara terang2 bahawa perjuangan PAS menentang UMNO adalah jihad dan mati mereka pula dianggap mati syahid?

Bukankah ini terang2 bermaksud Hj Hadi menganggap UMNO atau orang2nya sebagai kafir Harbi? Tetapi peliknya Hj Hadi mendakwa tindakan beliau mengkafirkan UMNO atau orang2nya itu sebagai memberi manfaat kepada orang Islam dan beliau berpuas hati dengannya. Dalam lapuran HARAKAH beliau berkata,” Ia ( amanatnya ) masih hidup menjadi ilmu yang memberi manfaat sekiranya dihurai secara ikhlas dan benar. Walau bagaimana pun, kesan memuaskan hati saya, kerana kenyataan2 seperti politik tidak ada hubungan dengan Islam, mempersendakan hukum Islam tidak banyak kedengaran lagi. Kalau ada pun dilakukan secara berhati-hati”.

Cuba tanya diri tuan2, apakah yang boleh dimanfaatkan daripada hukum mengkafirkan orang Islam? Begitu juga apa yang boleh Hj Hadi berpuas hati dengan hukum yang menyebabkan sesetengah orang PAS yang jahil terpesong akidah kerana menganggap orang UMNO kafir? Orang2 selain dari orang2 PAS akan berasa marah dan tersinggung diatas apa yang Hj Hadi katakan. Seperti firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 44,” Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri, padahal kamu semua membaca kitab Allah, tidakkah kamu berakal?”

Sebab itu PAS bukan Parti Islam. Ia hanya sebuah Parti Politik untuk kepentingan individu2 sahaja. Dalam ISLAM sendiri ada 73 Agama? Ia itu Islam Hakiki, Islam Maliki, Islam Wahabi, Islam Sekular, Islam Sederhana, Islam Toleransi dan sebagainya dan tidak ada tersebut pun tentang Islam PAS! Allah hanya akan terima satu sahaja daripada 73 agama itu.