Thursday, March 17, 2011

Pembohongan kedua PAS dalam Penubuhan Negara Islam

Semasa kempen pilihan raya kecil kawasan DUN Indera Kayangan suatu masa dulu adalah keupayaan Parti Islam dan sekutu-sekutunya bersandiwara mengenai penubuhan negara islam.

Dalam ceramah2 pembangkang dikawasan orangg Melayu bagi meraih sokongan untuk calon Parti Keadilan Rakyat, pemimpin2 parti islam sering melaung2kan mengenai penubuhan negara islam yang diperjuangkan oleh parti itu.

Namun dalam pada masa yang sama, ketika berkempen dari rumah kerumah dikalangan pengundi Cina, pemimpin itu memberi jaminan pakatan pembangkang tidak akan menubuhkan negara islam jika mereka memerintah negara ini.

Oleh kerana bimbangkan sokongan kaum Cina terhadap parti islam terjejas ekoran konsep negara islam yang diperjuangkan oleh parti itu, mereka sanggup menipu dan membuat jaminan seperti itu.

(Sikap double standard yang ditunjukan oleh pemimpin2 parti islam memang telah diketahui umum dan saya percaya anak2 muda sekarang dan ramai lagi sudah mula menyedari semua ini melalui PRK Merlaimau & Kerdau & Galas).

Beberapa risalah berbahasa Cina yang diedarkan semasa kempen PRK Indera Kayangan membuktikan sikap hipokrit parti islam. Dalam risalah yang ditujukan kepada kaum Cina, Presiden parti Islam Datuk Fadzil Nor berkata bahawa pakatan pembangkang tidak akan menubuhkan negara islam jika mereka memerintah negara ini.

Risalah tersebut berbunyi FADZIL NOR - Pakatan Pembangkang Tidak akan Tubuh Negara Islam Jika Berkuasa.

Mesej dalam bahasa Cina itu bertujuan memancing undi pengundi Cina disitu untuk calon Keadilan selepas diketahui kekuatan parti itu terjejas ekoran ramai penyokong Keadilan menyertai BN.

Para pemimpin Keadilan & parti Islam yang berkempen itu membawa risalah2 itu dalam kempen dari pintu ke pintu pengundi2 Cina.

Selain daripada risalah tersebut, beberapa risalah lain turut diedarkan semasa kempen termasuk kenyataan Presiden Keadilan, Datin Sri Wan Azizah dan Presiden Parti Rakyat Malaysia Dr Syed Husin Ali. Dalam kenyataan bersama, kedua2 pemimpin itu berkata yang sama iaitu jika mereka berkuasa mereka tidak akan bersetuju untuk melakukan pindaan perlembagaan untuk menubuhkan negara islam.

DAP telah mengistiharkan akan keluar dari pakatan kerana membantah konsep negara islam yang diperjuangkan parti islam jika berlaku. Yang peliknya, risalah2 itu hanya diedarkan kepada pengundi2 Cina sahaja. Pembangkang tidak pula mencetak risalah yang serupa kandungannya dalam bahasa Melayu untuk diedarkan kepada penyokong2 mereka khususnya diKpg Sbrg Bakau yang menjadi kubu kuat parti islam itu.

Mereka mungkin menyedari padah yang akan diterima jika sandiwara mereka diketahui oleh masyarakat Melayu situ. Jelas pembangkang tidak jujur dalam perjuangannya. Mereka menyampaikan mesej yang berbeza untnk sasaran yang berlainan walaupun sering menegaskan bahawa perjuangan pembangkang adalah untuk semua orang.


Sekarang sudah fahamkah kita apa itu perjuangan AGAMA dan apa itu perjuangan POLITIK?

Sila jawap soalan ini :-

Apakah hukum jika seseorang islam menyokong, bersubahat dan mengizinkan orang2 bukan islam yang menafikan / membantah perjuangan islam dan tidak menerima atau anti islam?

Karpal Singh pernah berkata langkah mayat dia dahulu sebelum hendak mendirikan negara islam tetapi parti islam yg dikatakan memperjuangkan islam bersengkokol dgn DAP.

Bak kata Nabil....Lu fikirlah sendiri...

Wassalam...

Penipuan Penubuhan Negara Islam oleh PAS

Arwah Datuk Fadzil Noor suatu masa dahulu meminta Dr M mengistiharkan Malaysia ini sebagai Negara Islam di Parlimen. Permintaan Datuk Fadzil itu amat aneh kerana ia datang selepas Negara kita telah merdeka lebih 40 tahun. Semua pemimpin Negara dan pemimpin agama seluruh dunia termasuk kalangan umat islam telah pun mengenali dan mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah Negara Islam. Bahkan jika satwa boleh bertutur seperti yang berlaku pada zaman Nabi Sulaiman A.S sudah tentu segala suku sakatnya melata dibumi, berterbangan diudara dan berenang dalam air pun mengiktiraf demikian.

Apakah mustahaknya pengistiharan Malaysia sebagai Negara Islam dituntut dilakukan pada waktu sekarang? Apakah jika tidak dibuat maka Negara ini tidak dianggap Islam dan jaminan perlembagaan berhubung dengan Islam semuanya terbatal?

Apakah pengistiharan yang dikehendaki itu menjadi rukun kepada sebuah Negara Islam? Jika demikianlah jadinya maka apakah Nabi Muhammad dahulu pernah mengistiharkan negaranya di Madinah sebagai Islam?

Nampaknya Datuk Fadzil gelojoh benar untuk memerangkap massa dengan tidak jemu2 memperalatkan agama dan menjambatankan Islam bagi maksud politik partinya ketika itu, sedangkan dia sendiri amat arif bahawa Malaysia ini adalah Negara Islam dan telah pun selaras dengan kehendak-kehendak Islam. Juga Malaysia adalah anggota pertubuhan Negara Islam sedunia, Pertubuhan Persidangan Islam ( OIC ).

Takrif dan pengertian Negara Islam yang dibuat oleh ulama muktabar sejak beratus-ratus tahun dan Ibn Taimiah adalah salah seorang daripada ulama berkenaan dan Malaysia tergolong daripada Negara Islam menurut takrif dijelas oleh mereka.

Diantara ciri2 negara Islam ialah teraju kepimpinan negara ( al-wilayah al-‘ammah ) mesti berada ditangan orang Islam dan ini urusan pertahanan. Diantara ciri2 negara Islam juga semua rakyat berbilang kaum dan agama beroleh keamanan didalamnya, bebas beribadah dan kehidupan sosialnya meningkat serta terjaga.

Tetapi demi matlamat politik, ulama PAS terpaksa menyelewengkan konsep negara Islam itu. Malangnya sebilangan lebai kampong tertipu dengan penyelewengan ulama PAS itu. Hal ini amat berbahaya kerana ia mencabut ketaatan rakyat kepada pemerintah.

Pada awal tahun 60an dulu pemimpin Pas telah mengeluarkan fatwa mengkafirkan pemimpin dan penyokong UMNO. Fatwa ini diperkukuhkan lagi dengan sebaran risalah yang diberi nama Amanat Haji Hadi. Hujah mereka ialah kerana UMNO bekerjasama dengan parti2 bukan Islam seperti MIC & MCA dalam memerintah dan mentadbir negara ini dibawah nama Perikatan.

Tetapi hari ini PAS sudah mengadakan pakatan dengan DAP untuk menghancurkan UMNO. Bagi tujuan menghalalkan pakatan itu serta menutup dosa2 besar lama ulama PAS, DUN Terenganu dibawah pimpinan Hj Hadi masa itu telah meluluskan akta yang memperuntukkan bahawa sesiapa yang menuduh orang Islam itu sebagai kafir, maka dia boleh dikenakan hukuman denda RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua2nya sekali.

Walaupun fatwa PAS berhubung kerjasama orang Islam dengan bukan Islam dalam pentadbiran hal ehwal dunia ini sudah berubah menurut perubahan politik PAS, tetapi sehingga hari ini PAS masih tidak ikhlas dan tidak mahu mengistiharkan secara terbuka bahawa ia membatalkan fatwa lama dan mengguna pakai fatwa baru.

Keengganan PAS itu adalah disebabkan oleh kepentingan politik semata2. Ini kerana jika PAS berbuat demikian bererti ia sendiri yang mengiktirafkan negara ini sebagai negara Islam. Ini kerana punca yang menyebabkan PAS tidak mengiktirafkan negara ini sebagai negara Islam ialah disebabkan kerjasamanya dengan bukan Islam.

Sebenarnya ulama politik PAS bukan buta, tetapi mereka cuma tidak mahu menerima kebenaran dan kemudiannya membutakan mata orang lain yang menjadi penyokong2 mereka. Sebelum itu pun Dr M ada mencabar ulama PAS supaya dapat memberi penjelasan tentang negara Islam mereka sekiranya mereka tidak mengiktirafkan Malaysia sebagai negara Islam tetapi sehingga hari ini PAS tidak pernah memberi penjelasan. Penjelasan ini perlu bagi menyelesaikan kekeliruan yang menyelubungi sebilangan umat Islam negara ini.

Lahirnya gerakan pelampau dan militant agama dinegara ini adalah natijah daripada kekeliruan tersebut. Rata2 yang terlibat dalam gerakan Al-Maunah dan Kumpulan Militan Malaysia ( KMM ) adalah terdiri daripada ahli parti pembangkang. Begitu juga kumpulan yang menghuru-harakan pusat2 pengajian tinggi tanah air sekarang adalah juga terdiri daripada pelajar2 yang dipengaruhi oleh parti pembangkang.
Sekiranya memang benar PAS tidak dapat menerima negara ini sebagai negara Islam, maka ia perlu memberi penjelasan sebagaimana yang dituntut oleh Dr M atau sekurang2nya memberi beberapa nama negara yang ada hari ini yang boleh dijadikan contoh sebagai negara Islam PAS.

Apakah kriteria yang ada pada negara2 Islam seperti Afghanistan, Pakistan, Sudan, Iraq, Iran dan lain2nya itu boleh dijadikan contoh ikutan bagi Malaysia yang berbilang kaum dan budaya ini?

Apakah kerana cuma belum bersedia untuk melaksanakan hukum kerat tangan bagi pencuri dan bunuh bagi penzina dan sebagainya menjadi faktor tidak Islamnya Malaysia ini? Jika demikian mengapa pula DUN Terengganu semasa zaman Hj Hadi meluluskan rang undang2 syariat tidak menerima pakai undang2 syariat ( hukum hudud ) yang telah diluluskan oleh DUN Kelantan pada tahun 1993?

Sehingga hari ini PAS masih gagal untuk menjelaskan butiran tentang negara Islam PAS. Cabaran balas yang dibuat meminta Dr M membuat pengistiharan Malaysia sebagai negara Islam diParlimen suatu ketika dulu tidak lebih daripada permainan politik kotor yang bertujuan mengabui orang ramai.

Benarlah dengan firman Allah, “ Amat besar kebenciannya disisi Allah – kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya – Surah As Saf ayat 3 ).