Sunday, April 8, 2012

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

Saman dan biseksual
Tindakan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mahu menyaman S. Nallakaruppan dan akhbar Utusan Malaysia berhubung isu biseksual memasuki episod baru yang lebih panas, semalam.

Nallakaruppan menyatakan tidak gentar dan mengulangi pendirian bahawa Anwar biseksual lalu tidak layak menjadi Perdana Menteri.

Beberapa bekas pemimpin PKR yang turut hadir bertekad untuk membongkar salah laku moral Anwar di mahkamah. Mereka bersatu dan sedia disaman. Malah Ummi Hafilda, bekas saksi kes liwat 1998 mahu mendedahkan apa yang didakwa skandal Anwar bersama isteri orang, lengkap dengan bukti. Cakap-cakap mengenai wanita misteri itu sudah lama kedengaran tetapi belum mencetuskan ledakan besar.

Seperti juga Nallakaruppan, Utusan Malaysia juga tidak akan memohon maaf apatah lagi akhbar tersebut sekadar penyampai iaitu melaporkan dakwaan bekas sahabat baik Anwar itu.

Isu tersebut sewajarnya disiarkan kerana ia melibatkan tokoh dan mempunyai kepentingan awam. Bukan sahaja di Barat, negara serantau seperti Indonesia, Thailand dan Filipina, isu-isu berkaitan moral pemimpin adalah sesuatu yang biasa disiarkan oleh media.

Pembangkang yang menjanjikan kebebasan media dalam manifesto pilihan raya umum lalu sepatutnya lebih terbuka. Janganlah media pro pembangkang sahaja yang boleh membuat pendedahan, media arus perdana juga ada peranan kepada pembacanya.

Anwar sepatutnya menangani dakwaan tersebut dengan membuat penjelasan yang menyakinkan sebagaimana yang diamalkan oleh tokoh-tokoh pembangkang negara lain. Tindakan beliau bersama peguamnya, N. Surendran memperlekehkan Utusan Malaysia kononnya mengamalkan kewartawanan longkang, hanya mencerminkan imej buruk mereka sendiri.

Parti politik mana yang ditinggalkan puluhan pemimpin dan ribuan ahli, kalau bukan PKR. Parti mana yang pemilihannya asyik bergaduh dan berbaling kerusi, kalau bukan PKR. Parti mana yang dipimpin oleh tokoh yang ada isu moral dan integriti yang dahsyat, kalau bukan PKR.

Surendran sepatutnya mencermin diri dan tahu di mana dia berada. Pada Awang, PKR umpama lubang najis dan orang seperti Surendran perlu diselamatkan segera daripada lemas dalam keadaan menjijikkan.

Dalam isu biseksual, apa yang Nallakaruppan dedahkan bukan sesuatu yang baru. Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Anwar seorang homoseksual pada tahun 2005.

Ekoran kenyataan tersebut, Anwar menyaman Dr. Mahathir sebanyak R100 juta tetapi kes itu akhirnya memihak kepada Dr. Mahathir.

Sehari sebelum PRU 2008, Anwar turut memfailkan saman RM100 juta terhadap Khairy Jamaluddin kerana merujuk pemimpin PKR itu sebagai homoseksual. Sehingga hari ini kes tersebut masih di peringkat pengurusan seolah-olah Anwar tidak berminat untuk menghadapi perbicaraan.

Banyak lagi kes yang beliau menggunakan taktik sedemikian termasuk saman ke atas bekas Timbalan Presiden PKR, Chandra Muzaffar berhubung kenyataan media. Chandra antara lain menyatakan negara akan menghadapi musibah jika Anwar menjadi Perdana Menteri.

Antara kes yang menarik ialah saman terhadap Nallakaruppan pada 2009 berhubung dakwaan Anwar menerima RM60 juta daripada sebuah syarikat perjudian, Magnum Corporation. Kes itu seperti tidak bergerak dan tiada perkembangan.

Awang tidak teragak-agak untuk merumuskan bahawa Anwar bertindak menyaman pihak-pihak berkenaan sebagai usaha untuk bermain wayang, lebih-lebih lagi menjelang pilihan raya umum. Hakikatnya, beliau sendiri tidak mahu mencari kebenaran kerana tahu risikonya kepada diri sendiri.

Tindakan menyaman media arus perdana seperti Utusan Malaysia, tidak lain bertujuan menutup mulut akhbar itu daripada terus membongkar kepincangan dan salah laku moral beliau. Tiada sebab untuk media, begitu juga semua kalangan rakyat Malaysia tunduk kepada kemungkaran yang dahsyat. Rakyat negara lain tidak membenarkan ia terjadi di bumi mereka dan sampai bila Anwar harus dibiarkan membohongi rakyat Malaysia?

Berkaitan isu biseksual, Awang tertarik dengan komen seorang lagi bekas sahabat Anwar iaitu Raja Petra Kamarudin (RPK) dalam satu wawancara bersama Mingguan Malaysia pada 1 Januari lalu. ‘‘Soalnya, jika anda nak jadi gay, teruskanlah. Anda tidak boleh jadi pemimpin dan gay sekali gus. Di Australia, anda boleh. Di Malaysia, anda kena pilihlah. Anda nak jadi gay, teruskan. Saya tidak ada masalah tapi anda nak jadi Perdana Menteri dan gay sekali gus, dah tentu di Malaysia tidak boleh.’’ Itu antara komen RPK. Sebenarnya itu jugalah pendirian majoriti rakyat Malaysia. Maka Anwar harus memutuskan yang mana satu pilihannya.

Apa maknanya?

Awang ingin menarik perhatian kepada keputusan Mahkamah Persekutuan semasa membebaskan Anwar Ibrahim daripada pertuduhan liwat terhadap Azizan Abu Bakar pada 5 September 2004.

Mahkamah menegaskan: “Walaupun kami menemui bukti untuk mengesahkan Anwar dan adik angkatnya Sukma (Darmawan) terlibat dalam kegiatan homoseksual dan terdorong untuk mempercayai perbuatan liwat terhadap Azizan memang berlaku, tetapi Mahkamah hanya boleh mensabitkan Anwar dan Sukma jika pendakwaraya berjaya membuktikan kes tanpa sebarang keraguan.’’

Petikan itu bukan direka, ia adalah rumusan daripada barisan tiga hakim yang cukup jelas maksudnya. Kenyataan tersebut boleh diperoleh daripada arkib maklumat termasuk menerusi carian dalam Internet. Tidak perlu untuk Awang ulas panjang lebar. Renungkanlah fakta dalam penghakiman kes tersebut. Apa maknanya dan siapa sebenarnya Anwar?

Bersumpahlah...

Beberapa pemimpin negara termasuk Perdana Menteri, Najib Tun Razak kerap menjadi mangsa fitnah Anwar Ibrahim dan konco-konconya.

Najib sendiri dituduh terlibat kononnya dalam konspirasi membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shariibuu tidak lama dahulu.

Awang masih ingat betapa dahsyatnya serangan fitnah pembangkang dalam isu tersebut, yang Anwar turut jaja menerusi ceramahnya di seluruh negara.

Siasatan polis mendapati kes tersebut tiada kaitan dengan Perdana Menteri dan keluarganya. Keputusan mahkamah mengenainya juga sudah diketahui. Difahamkan, negara kuasa besar menerusi badan perisikan mereka yang hebat turut menolak pembabitan Najib.

Biarpun pembangkang memanipulasi isu tersebut, Perdana Menteri menghadapinya dengan tenang. Bukan itu sahaja, demi mencari kebenaran, Najib bersumpah di masjid Guar Perahu, Permatang Pauh pada Ogos 2008 bahawa beliau tidak mengenali wanita berkenaan. Beliau juga melafazkan sumpah Wallahi Wabillahi Watallahi... di hadapan para perwakilan Perhimpunan Agung UMNO pada tahun yang sama.

Penyelesaian melalui pendekatan agama antara yang dituntut kepada umat Islam jika berdepan dengan situasi sebegitu. Tiada sumpah yang lebih tinggi melainkan kepada Allah.

Maka Awang ingin mencabar Anwar agar mengikut jejak Najib bersumpah di dalam masjid jika benar beliau bukan biseksual seperti yang didakwa oleh banyak pihak.

Bekas pembantu Anwar, Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat oleh bosnya itu dan Shazryl Eskay Abdullah, sahabatnya sendiri - tanpa ragu - bersumpah di dalam masjid. Proses bersumpah bukannya susah. Masanya lebih singkat berbanding berucap panjang di dalam mahupun luar negara yang ghairah beliau lakukan. Yang penting ialah menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah SWT. Janganlah hanya berani bersumpah menyandang jawatan Ahli Parlimen di Dewan Rakyat tetapi takut berbuat demikian di masjid. Bahkan di mahkamah, juga beliau mengelak memberikan keterangan bersumpah. Belum pernah ada individu bertaraf pemimpin dan tokoh di seluruh dunia yang jika dihadapkan ke mahkamah, menolak memberikan keterangan bersumpah. Sentiasa berlegar di fikiran Awang, apa jenis Ketua Pembangkang yang kita ada di Malaysia?

Anwar boleh memilih di mana-mana masjid yang beliau suka. Ayuh, sahutlah seruan ini. Jangan malukan para penyokong pembangkang terutama ramai ahli Pas yang makin ragu dengan beliau. Melainkan, sebagaimana dakwaan ramai, Anwar memang biseksual.

No comments:

Post a Comment