Oleh Siti
Airunnisa Alaui
Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman
Saloomi menegaskan adalah haram bagi umat Islam menyokong kumpulan yang berniat
atau bertindak mahu menjatuhkan sesebuah kerajaan negara Islam walaupun dalam
kepimpinan itu didapati berlaku kesalahan melibatkan hukum syarak.
Kata
beliau, ia kerana tindakan menjatuhkan kerajaan negara Islam itu adalah tidak
dibenarkan agama, apatah lagi jika umat Islam tersebut mahu menggantikan dengan
pemerintahan yang boleh mendatangkan bahaya lebih besar.
Tambah
Profesor Jurusan Akidah, Mazhab dan Firaq, Universiti Ummul Qura, Mekah itu,
hukum berkenaan jelas berpandukan sebuah hadis sahih yang menyatakan perkara
tersebut.
"Hadis
itu ialah "sekiranya datang kepada kamu orang yang mahu memecah-belah
kesatuan kamu sedangkan ketika itu kamu bersatu, maka hendaklah kamu pancung
tengkuknya'' dan daripada hadis itu hukumnya jelas adalah haram menyokong
kumpulan yang mahu memecahkan kesatuan yang sedia ada iaitu kerajaan
Islam," katanya.
Beliau
berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan syarahan mengenai
Perpaduan Senjata Umat Islam pada Program Bicara Tokoh di Jabatan Hal Ehwal Agama
Islam Terengganu (JHEAT) di sini hari ini.
Program
selama tiga jam itu merupakan anjuran kerajaan negeri bersama Terengganu
Integrity & Strategic Studies Institute (T-ISSI) sempena lawatan tiga hari
tokoh itu ke negeri ini.
Dalam
pada itu, Sulaiman berkata, sekiranya umat Islam tidak suka terhadap kerajaan
yang memerintah atau mahu menegur kesalahan yang dilakukan kepimpinan mereka,
pastinya ada beberapa perkara yang perlu dilakukan oleh golongan itu.
Jelasnya,
perkara pertama yang perlu dilakukan adalah jangan sesekali mengadakan
demonstrasi jalanan kerana ia bukan cara menukar kerajaan negara Islam atau
memperbetulkan setiap kesilapan yang telah dilakukan pemimpin.
"Demonstrasi
hanya boleh menyebabkan sesuatu perkara yang buruk menjadi lebih buruk dan ia
bukan ubat penyembuh kepada setiap masalah.
"Justeru,
jangan sesekali mengadakan demonstrasi kerana ia menyebabkan masalah lain
datang bertimpa-timpa, malah membawa kepada fitnah yang lain," tegasnya.
Ujarnya,
cara terbaik untuk mengubah kepimpinan yang baik adalah nasihat menasihati
antara satu sama lain.
"Dalam
perkara ini, para ulama, cendekiawan mahupun ahli fikir perlu mengambil
tanggungjawab ini untuk menegur pemimpin mereka yang membuat salah kerana itu
adalah tanggungjawab mereka dan jika gagal berbuat demikian mereka akan disoal
oleh Allah di akhirat kelak.
"Pemimpin
perlu ditegur oleh golongan itu dan bukannya rakyat biasa dengan mengadakan
demonstrasi jalanan. Apa yang rakyat boleh buat adalah menunjukkan contoh yang
baik kepada pemimpin mereka," katanya.
No comments:
Post a Comment