Oleh : ANUAR HJ.
AHMAD
Kuala Lumpur
Kuala Lumpur
SAYA
dahulunya adalah admirer utama Datuk Seri Anwar Ibrahim, sejak menuntut
di Universiti Malaya antara tahun 1981-1984.
Tambahan
pula saya pernah menjadi sukarelawan mengajar anak-anak miskin di kelas STPM
anjuran Yayasan Anda, satu-satunya sekolah persendirian yang diasaskan oleh
Ketua Pembangkang itu.
Sehingga
kini saya kerap sekali menghadiri apa juga ceramah oleh Ketua Pembangkang itu.
Sebagai
seorang pensyarah yang juga banyak berceramah dalam program-program melibatkan
komuniti, saya sememangnya kagum dengan retorik pidato beliau yang memang amat
sukar ditandingi. Ada kalanya saya cuba meniru dan memetik beberapa ungkapan
kata-kata pujangga serta ayat-ayat al-Quran yang sering beliau gunakan dalam
ceramah-ceramah saya pula.
Namun
apabila saya membaca temuramah Othman Omar, Pengurus Besar PKNS yang juga bekas
rakan kerja saya satu masa, dalam akhbar The STAR pada 21 Julai 2012
sekali gus saya lihat ada unsur-unsur hipokrasi dalam ceramah politik Ketua
Pembangkang terutama dalam janji pilihan raya beliau bahawa jika PR berjaya ke
Putrajaya , antara agenda utama beliau ialah memanggil semua peneraju Pengeluar
Kuasa Bebas atau Independent Power Producers (IPP) untuk menyemak
kembali kadar caj yang dikenakan kepada kerajaan dalam usaha menurunkan tarif
elektrik kepada rakyat.
Dalam
wawancara Othman itu, beliau menegaskan bahawa pencapaian beliau selepas
menerajui PKNS ialah berjaya mencatatkan keuntungan sebanyak RM420 juta dalam
tahun 2011.
Beliau
juga mengesahkan dalam menjawab soalan ketiga bahawa PKNS mempunyai kepentingan
saham dalam salah sebuah IPP yang sering menjadi bahan kritikan Ketua
Pembangkang dan ia adalah penyumbang kepada keuntungan besar perbadanan milik
kerajaan Selangor itu.
Kalau
Ketua Pembangkang dalam ceramahnya berapi-api mengkritik kerajaan memeterai
perjanjian yang berat sebelah dengan IPP termasuk Genting Sanyen Berhad,
bagaimana pula beliau boleh membenarkan PKNS, anak syarikat kerajaan Selangor,
yang beliau merupakan Penasihat Ekonominya memiliki kepentingan saham dalam
syarikat yang sering dikritik mengenakan caj yang "keterlaluan"
kepada kerajaan dan seterusnya membebankan rakyat?
Di satu
pihak beliau cuba menjadi jaguh menolong rakyat, di waktu yang sama beliau
merestui sebuah perbadanan milik kerajaan negeri untuk memiliki saham dan
mengaut keuntungan di sebuah syarikat yang beliau sering selar sebagai
menyusahkan rakyat?
Justeru
sebagai rakyat marhain, saya merayu kepada Anwar sentiasa mengamalkan
"Kalimatul Haq" seperti mana yang sering ungkapkan dalam setiap
ceramah beliau mutakhir ini yang mengaitkan seruannya itu dengan seruan yang
sama dibuat oleh Dr. Yusuf Al Qaradhawi, Presiden Ulama' Sedunia kepada
perhimpunan 3 juta belia di Dataran Tahrir Mesir agar sentiasa berkata benar
dan menegakkan kebenaran dan bukannya berpegang kepada strategi politik ala
Niccolo Michiavelli iaitu matlamat menghalalkan apa juga kaedah dan cara yang
digunakan.
Di
permulaan Ramadan yang mulia ini, sebagai seorang pencinta Islam dan perpaduan,
teringat saya antara wasiat terakhir Assyahid Imam Hassan Al Banna yang
ditembak mati pada usia 43 tahun yang berpesan bahawa "Orang yang dicintai
Allah adalah orang yang baik hati dan tutur katanya, dan orang yang paling
dibenci Allah ialah orang yang suka bermusuhan dan bersengketa sesama
manusia".
No comments:
Post a Comment