Wednesday, January 11, 2012

GUAN ENG PERLU JAWAB PROJEK RM5 JUTA GAGAL

JOHOR BAHRU 4 Dis – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng perlu bertanggungjawab terhadap kegagalan syarikat Perbadanan Pembangunan Pulau Punang (PDC) menyiapkan projek tempat letak kereta bertingkat bernilai RM5 juta yang terletak di Bukit Bendera.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen mendesak Guan Eng yang juga Pengerusi PDC memberikan penjelasan penuh terhadap kegagalannya menguruskan projek yang sepenuhnya oleh Kerajaan Pusat itu.

“Macamana PDC tidak boleh bina tapak letak kereta ini? Apa guna diberikan peruntukan sekiranya tidak boleh buat? Jika tempat letak kereta ini tidak boleh buat, apa yang mereka boleh buat?,“ soalnya kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Makanan Penjaja 2011, Johor Jaya disini semalam.

Semalam, Guan Eng dilaporkan berkata, projek tempat letak kereta itu gagal memenuhi kriteria sijil layak menduduki (CF) yang ditetapkan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang. Jawatankuasa siasatan mendapati, arkitek dan juruperunding projek itu bertangungjawab atas kelemahan reka bentuk tempat letak kereta tersebut.

Beliau juga dilaporkan berkata, pembinaan tapak letak kereta baharu itu akan mengambil masa 15 bulan dan akan menelan belanja antara RM5.5 juta hingga RM.6.75 juta dengan kapasiti 300 tapak baharu berbanding hanya 112 tapak sebelum ini.

Yen Yen berkata, sehingga kini pihaknya belum menerima sebarang laporan rasmi berhubung kegagalan projek berkenaan dan menyifat kegagalan itu sebagai pembaziran wang rakyat.

“Peletakkan jawatan seorang dua berhubung isu ini tidak memadai dan Guan Eng perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perkara ini kerana projek berkenaan adalah dibawah kendalian PDC sepenuhnya,“ katanya.

NGO PERSOAL TIADA TINDAKAN TERHADAP ARIFFAHMI

KOTA BHARU 30 Dis – Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di negeri ini mempersoalkan kenapa sehingga sekarang tiada tindakan diambil oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan terhadap menantu Menteri Besar Kelantan, Abdul Ariffahmi Ab. Rahman.

Mereka mendesak SPRM agar memaklumkan kepada umum sekiranya Abdul Ariffahmi yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) bersalah atau tidak berhubung dakwaan berlaku penyelewengan ketika beliau menjawat jawatan tersebut.

SPRM diminta memaklumkan hasil siasatan untuk memastikan integriti itu sentiasa terjaga kerana sikap berdiam diri SPRM berhubung isu itu boleh menimbulkan persepsi bahawa ada ‘tangan’ yang cuba menyelamatkan seseorang daripada didakwa atas kesalahan rasuah.

Timbalan Presiden Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK), Wan Khairul Ikhsan Wan Muhammad berkata, tempoh sehingga lebih dua tahun yang diambil SPRM untuk menyelesaikan siasatan sangat lama, menyebabkan timbul banyak persepsi negatif mengenainya.

“Sikap mendiamkan diri itu juga sebenarnya menimbulkan persepsi negatif kepada yang dituduh dan kepada yang menjalankan siasatan itu sendiri,” katanya ketika dihubungi media hari ini.

Siasatan SPRM terhadap Ariffahmi bermula pada 2009 apabila timbul dakwaan yang disiarkan dibeberapa blog bahawa beliau melakukan penyelewengan didalam PMBK selain kontroversi mengenai pelantikannya kejawatan tersebut memandangkan Nik Aziz adalah bapa mertuanya.

Hasil siasatan itu, bagaimanapun masih belum diketahui kecuali kenyataan bekas Pengarah SPRM Kelantan, Nasaruddin Mohd. Nor yang dilaporkan pada media pada 31 Julai 2011 bahawa siasatan sudah selesai dan dihantar ke ibu pejabat suruhanjaya di Putrajaya untuk tindakan lanjut.

Ia adalah kenyataan terakhir yang dikeluarkan SPRM Kelantan manakala ibu pejabat SPRM di Putrajaya juga masih belum mendedahkan sebarang laporan mengenai siasatan tersebut.

Wan Khairul Ikhsan menegaskan, ada dua perkara asas yang tidak boleh dipolitikkan di negara ini iaitu agama dan perbuatan rasuah justeru sesiapa yang didapati melakukan kesalahan itu perlu dihukum.

Sementara itu, Presiden Gerakan Selamatkan Kelantan (Gasak), Norazli Ahmad berkata, dakwaan mengenai penyelewengan itu sangat penting untuk diketahui umum kerana ia membabitkan sebuah kerajaan yang memerintah negeri.

“Pandangan saya kalau salah, dakwa dan kalau tidak, bebaskan. Cuma masalahnya sekarang, SPRM tidak berkata apa-apa selain kenyataan suruhanjaya itu bahawa laporan siasatan sudah dihantar ke Putrajaya. Rakyat mempunyai hak untuk tahu, justeru kita desak agar SPRM keluarkan hasil laporan siasatan dan bukannya terus berdiam diri kerana kita tahu dan tidak akan lupa mengenai dakwaan penyelewengan itu,” katanya.

Ulasannya :-

1. Bukti lagi bahawa pembangkang juga tidak lari daripada penyelewengan mentadbir.

2. Bukti lagi bahawa pembangkang juga mempunyai kroni2 dalam menjawat jawatan.


Petikan Dari Bloggers..

Dalam PAS, orang yang paling banyak makan daripada duit Kerajaan Negeri adalah.

1. Nik Abduh yang sentiasa tukar kereta. Beliau merupakan ahli Majlis MPKB-BRI dan PMBK. Sebab itu beliau melenting apabila sedara dia Ariffahmi terpelanting daripada CEO PMBK. TGNA tidak tahu benda ni

2. Takiyuddin Hasan. Yang perabih duit puluh ribu untuk dapatkan no plat kereta TAK1. Kereta tukar dua bulan sekali. Memang terkenal sebagai orang berduit. Kroni rapat penulis Sayuti Omar.

3. Nasharuddin Mat Isa. Rumah RM1.5 juta kat Bandar Sri Putra. Sayuti Omar cuba putar belit mengatakan bahawa rumah tersebut rumah sederhana. Tapi Sayuti Omar yang bodoh itu tidak tahu bahawa kawasan itu, semua banglonya beharga RM1.5 juta. Bukannya kat Kuala Lipis. Harga tanah murah bang!jangan tolol sangat nak backing bos pun. Lepas menang aje, kereta tukar dua tiga bijik. Baju kod 7-8 pasang baru, kesemuanya branded. Harga beribu. Lepas tu malas jengok kawasan Bachok.

Kalau pemimpin dah kaya, buat apa minta duit, derma jihad daripada ahli lagi. Ahli PAS, nak makan pun tak cukup duit.

Anonymous said...

Kalau dulu.. bab tuduh UMNO galak judi bola dan sebagainya... nampaknya tuhan bagi cash kat PASberg memang tidak ikhlas.. tuhan dah tunjukkan!!!

Inilah Islam standard Nik Aziz.. Baru je digertak oleh persatuan Cina.. Islam terus di kemudian Undi didahulukan.. Hukum Islam semua dimasukkan dalam tong sampah...

Kepada Nik Aziz dan orang PASberg lepas ni tak payah cakap tentang nak perjuang Islam, nakkan hudud apatah lagi cakap nak buat negara Islam... memang PASberg tak layak cakap tentang Islam... apatah lagi nak tuduh UMNO sebagai tidak Islamik.. apa PASberg itu Islamik sangat!!!

PASberg lagilah teruk kerana kini berada di tapak kaki DAP... baru DAP gertak sikit.. terus menggelupur.. hukum Islam dimainkan, sekejap halal dan sekejap haram.. Islam ala PASberg!!!.. inilah dia ulama akhir zaman.. nik Aziz, Haji Hadi..



KOTA BHARU 17 Mac – Setelah menegaskan judi itu haram, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Penasihat Undang-Undang negeri mengkaji semula pengharaman loteri ”big sweep”... seterusnya baca di sini..

Kepada penyokong PASberg lepas ni bolehlah buang serban tu.. semua tu penipu sahaja.. buat Malu Islam dan Rasulullah SAW.. sunnahNya dipermainkan oleh PASberg!!!