Wednesday, January 11, 2012

GUAN ENG PERLU JAWAB PROJEK RM5 JUTA GAGAL

JOHOR BAHRU 4 Dis – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng perlu bertanggungjawab terhadap kegagalan syarikat Perbadanan Pembangunan Pulau Punang (PDC) menyiapkan projek tempat letak kereta bertingkat bernilai RM5 juta yang terletak di Bukit Bendera.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen mendesak Guan Eng yang juga Pengerusi PDC memberikan penjelasan penuh terhadap kegagalannya menguruskan projek yang sepenuhnya oleh Kerajaan Pusat itu.

“Macamana PDC tidak boleh bina tapak letak kereta ini? Apa guna diberikan peruntukan sekiranya tidak boleh buat? Jika tempat letak kereta ini tidak boleh buat, apa yang mereka boleh buat?,“ soalnya kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Makanan Penjaja 2011, Johor Jaya disini semalam.

Semalam, Guan Eng dilaporkan berkata, projek tempat letak kereta itu gagal memenuhi kriteria sijil layak menduduki (CF) yang ditetapkan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang. Jawatankuasa siasatan mendapati, arkitek dan juruperunding projek itu bertangungjawab atas kelemahan reka bentuk tempat letak kereta tersebut.

Beliau juga dilaporkan berkata, pembinaan tapak letak kereta baharu itu akan mengambil masa 15 bulan dan akan menelan belanja antara RM5.5 juta hingga RM.6.75 juta dengan kapasiti 300 tapak baharu berbanding hanya 112 tapak sebelum ini.

Yen Yen berkata, sehingga kini pihaknya belum menerima sebarang laporan rasmi berhubung kegagalan projek berkenaan dan menyifat kegagalan itu sebagai pembaziran wang rakyat.

“Peletakkan jawatan seorang dua berhubung isu ini tidak memadai dan Guan Eng perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perkara ini kerana projek berkenaan adalah dibawah kendalian PDC sepenuhnya,“ katanya.

No comments:

Post a Comment