Saturday, October 1, 2011

MAT SABU ENGGAN KOMEN PERBUALAN BERUNSUR SEKS

KUALA LUMPUR 12 Sept – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu enggan memberi sebarang komen berhubung rakaman perbualan telefon berunsur seks dilaman You Tube yang didakwa suaranya dengan seorang wanita.

“No komen”, katanya kepada kumpulan wartawan yang hadir pada jamuan hari raya anjuran Pas pusat di Taman Melewar petang semalam seperti dipetik di http://www.agenda-daily.com hari ini.

Menurut portal berita AgendaDaily itu, Mat Sabu menyebut perkataan tiada komen sebanyak tiga kali apabila wartawan bertanya kepadanya tentang isu tersebut. Soalan pertama yang ditanya ialah sama ada beliau sudah mendengar rakaman itu dan dijawabnya tiada komen.

Beliau juga menjawab tiada komen apabila ditanya sama ada mahu menafikan suara didalam rakaman itu atau sebaliknya. Sekali lagi Mat Sabu berkata tiada komen ketika ditanya mahu menyaman pihak yang menyiarkan rakaman itu.

Portal berita tersebut mendakwa, nadanya agak serius apabila menjawab soalan yang ketiga itu. Sebelum ini, Mat Sabu dan Normah Abdul Halim pernah ditahan atas tuduhan berkhalwat kerana berdua-duaan di bilik 121 Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan.

Bagaimanapun kedua-duanya dibebaskan oleh mahkamah daripada tuduhan tersebut kerana kekurangan saksi. Normah pada masa itu berstatus isteri orang.

Ulasan :-

1. Mat Sabu tak habis2 dengan isu semasa. Tak nampak pun satu kerja yang dia buat untuk rakyat.

2. Mat Sabu mana berani mahu menyaman pihak yang menyarkan rakaman itu. Jika dibuat, sudah pasti semua itu akan dibongkarkan dalam mahkamah sebab polis terpaksa mencari bukti.

3. Kesnya berkhalwat dengan isteri orang terlepas sebab kekurangan saksi atau hakim ketika itu adalah dari kaum puak dia?. Tapi yang pasti, dia ditangkap dalam bilik hotel bersama dengan isteri orang. Sekarang isteri orang itu sudah berjanda angkara perbuatan Mat Sabu.

.

No comments:

Post a Comment