Saturday, October 1, 2011

NIK AZIZ TERIMA WAHYU BOLEH KELUARKAN FATWA?

KUALA LUMPUR 11 Sept – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini secara sinis mempersoal sejak bila Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ‘menerima wahyu’ sehingga Mursyidul Am Pas itu boleh mengeluarkan ‘fatwa’ bahawa usaha UMNO untuk menawan Kelantan tidak akan mendapat balasan baik di akhirat kelak?

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, jika benar Nik Aziz dimuliakan sehingga melayakkan beliau menjadi orang Melayu pertama ‘menerima wahyu’ daripada Allah, Mursyidul Am Pas itu perlu menjelaskan kepada seluruh rakyat negara ini nama malaikat yang ditugaskan untuk menjalankan amanah tersebut.

“Saya nak tanya sejak bila pula Nik Aziz ini ‘terima wahyu’ sehingga dia boleh mengeluarkan ‘fatwa’ berdosa jika kerajaan Pas Kelantan dirampas oleh UMNO pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti? Jika benar beliau terima ‘wahyu’ berkenaan, sebutlah malaikat mana pula yang ditugaskan menyampaikan ‘wahyu’ itu? Pada Nik Aziz, semua yang berkait dengan UMNO berdosa. Apa yang tidak berdosa pada pemikiran beliau hanya bersubahat dengan DAP walaupun akhirnya yang menjadi mangsa adalah orang Melayu beragama Islam”, katanya dalam satu kenyataan pada sidang akhbar disini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan terbaru Menteri Besar Kelantan itu yang mendakwa usaha UMNO Kelantan untuk menawan kembali negeri itu daripada Pas tidak akan mendapat balasan baik di akhirat kelak kerana ia tidak selari dengan kehendak Islam yang kononnya diperjuang parti tersebut.

Mengulas lanjut, Ibrahim tidak sedikit pun setuju dan percaya dengan ‘fatwa’ karut Mursyidul Am Pas itu kerana yakin jika UMNO berjaya menawan kembali Kelantan yang sudah diperintah selama 21 tahun oleh Pas, rakyat negeri itu akan menikmati kehidupan lebih senang.

Jelas beliau, rakyat Kelantan tidak lagi akan dibelenggu dengan masalah air iaitu satu keperluan asas yang tidak mampu disediakan oleh Kerajaan Kelantan walaupun sudah lebih dua dekad memerintah kerana pemimpinnya lebih sibuk berceramah berbanding memikirkan cara menyelasaikan masalah rakyat.

“Pemimpin Pas Kelantan yang diketuai Nik Aziz langsung tiada innovasi dalam pentadbiran meskipun untuk menyelesaikan masalah yang paling asas. Air bersih adalah keperluan asas, tapi apa yang Pas buat selepas 21 tahun? Mereka hanya pandai menuduh dan memburukkan orang lain dalam ceramah sahaja,” katanya.

Ulasan :-

1. Pemimpin Pas tak habis2 dengan fatwa2 songsang tapi masih ada yang terlalu taksub sampai tak nampak kepincangan pemimpin mereka. Kalau disentuh hal pemimpin mereka, maka akan melentinglah.

2. Inilah masalahnya bila terasa parti dan diri itu lebih Islam daripada orang lain. Ini menunjukkan sikap angkuh dan sombong pemimpin pembangkang.

3. Pemimpin pembangkang hanya pandai berceramah memburukkan orang lain. Suka mencaci, menghina, mencarut dan sebagainya. Janji dalam manifesto pun banyak yang dimungkiri. Apakah itu diajar dalam Islam?

4. Tugas pemimpin adalah untuk memakmurkan rakyat dan negeri / negara tetapi tidak bagi Nik Aziz. Maka dia adalah berdosa kerana membiarkan rakyatnya terpaksa lari keluar dari negeri sendiri untuk mencari nafkah. Maka dengan itu dia patut letak jawatan kerana sudah terlalu tua.

No comments:

Post a Comment