Saturday, October 1, 2011

NIK AZIZ SERAH KEPADA AHLI TENTUKAN KEDUDUKAN

KOTA BHARU 12 Sept – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abduk Aziz Nik Mat mempertahankan yang beliau masih mampu melaksanakan tugasnya dengan baik biarpun kadangkala menghadapi masalah kesihatan. Bagaimanapun, Menteri Besar itu menyerahkan kepada ahli parti sama ada mahu beliau terus bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang atau berundur.

“Terletak atas parti, siapa saja yang bertanding semuanya atas dasar kehendak parti. Parti kata bertanding tok guru, saya bertanding, kalau kata tidak, saya tak kisah. Saya pemimpin jemaah jadi kena ikut kehendak parti. (Keadaan kesihatan saya) serupa tenggelam timbul, tidak ada orang kesihatannya stabil sentiasa diatas muka dunia ini”, katanya kepada pemberita disini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai saranan penulis blog, Wan Ji Wan Hussin supaya tidak bertanding dalam pilihan raya umum akan datang sebaliknya memberi tumpuan sepenuhnya kepada siri ceramah dan kempen pembangkang.

Cadangan tersebut dibuat ketika program bual bicara antara pemilik akaun Facebook dan penulis blog bersama kepimpinan parti pembangkang di Balai Islam Lundang, 3 September lalu.

Sementara itu, Nik Aziz berkata, beliau tidak mengiktiraf semua usaha yang dilakukan oleh UMNO untuk menegakkan syiar Islam di negara ini disebabkan dasarnya yang tidak selari dengan Islam.

Ulasannya:-

1. Dulu semasa mantan PM Dr M nak letak semua jawatan, ahli2 parti kata jangan, tapi dia letak juga. Sekarang Nik Aziz kata dia ikut kata ahli parti…nampak sangat dia kemaruk kerusi MB.

2. Tok Guru tak payah tunggu kata putus ahli parti. Jika ikhlas, dia turun saja dari kemewahan dunia sebab dia juga kata kerajaan sekarang hanya mengejar keduniaan…cakap tak serupa bikin.

3. Kalau dia tak iktiraf apa saja kerajaan UMNO lakukan, kenapa dia masih hendak duduk atas kerusi empuk MB yang telah diwujudkan oleh UMNO yang sekian lama?

4. Sudah ada suara2 pembangkang yang tak suka Tok Guru jadi MB terlalu lama.

No comments:

Post a Comment