Saturday, June 9, 2012

ANTARA DISKO DAN MASALAH AIR BERSIH DI KELANTAN




Apa sudah jadi di Kelantan? Negeri itu bukan sahaja menghadapi masalah bekalan air bersih sejak sekian lama seperti didedahkan secara terperinci oleh media-media tetapi pada masa sama wujud pusat-pusat hiburan termasuk disko di negeri yang cukup sinonim sebagai negeri serambi Mekah.
Kickdefella (kickdefella.net) menerusi laporan khasnya mendedahkan bahawa Kota Bharu yang dikenali sebagai bandar raya Islam tidak terlepas daripada percambahan pusat-pusat hiburan baik digedung-gedung mewah sehinggalah kegiatan dibawah pokok.
Blog itu menerusi “Ejen Johnson” dilaporkan telah mengadakan tinjauan disekitar bandar itu dan mengesahkan bahawa memang wujud beberapa pusat hiburan mewah termasuk disko selain pusat hiburan “murah” seperti dibawah pokok ceri yang beroperasi secara bebas.
“Siapa kata di Kota Bharu bandar raya Islam tiada disko? Siapa kata kerajaan Pas Kelantan berjaya menyelamatkan adik-adik kita dari terbiak (terjebak) dalam budaya kuning? Ejen Johnson tak kata. Baru-baru ini Ejen Johnson baru selesai operasi disko-dut (disko dangdut) di Kota Bharau Bandar Raya Islam. Ejen Johnson meredah tiga pusat hiburan, dua darinya menghidangkan minuman keras dan satu lagi beroperasi sehingga subuh. Semuanya di Kota Bharu Bandar Raya Islam,” kata Kickdefella.
Beliau musykil dengan situasi tersebut dan mempersoalkan bagaimana kerajaan Pas Kelantan boleh membenarkan pusat-pusat hiburan tersebut beroperasi sehingga lewat malam serta awal pagi dan adakah itu juga kerana mahu menghormati agama lain sepertimana kebenaran menjual minuman keras di negeri itu?
Mengenai masalah air di Kelantan beberapa penulis blog turut menyuarakan pandangan antaranya Perak Today (peraktoday.com) yang musykil dengan masalah itu memandangkan kerajaan negeri itu telah diberikan peruntukan RM600 juta oleh kerajaan Persekutuan bagi menyelesaikan masalah berkenaan.
Katanya, kerajaan Pas Kelantan sepatutnya malu dengan keadaan sedemikian memandangkan masalah bekalan asas kepada rakyat seperti air tidak mampu diselesaikan oleh kerajaan negeri dan Menteri Besar Nik Abdul Aziz Nik Mat tetapi pada masa yang sama Pas bercakap mengenai kerajaan berkebajikan.
“Memalukan jika rakyat di negeri bawah naungan Pas sendiri pun tak mampu dijaga kebajikannya. Bekalan asas yang sepatutnya sudah berpuluh tahun dulu menjadi isu utama yang tak kunjung selesai, jadi tak perlulah Pas mendabik dada memperjuangkan kebajikan rakyat. Ini saja sudah cukup menunjukkan Pas hanya mampu cakap tapi langsung tak serupa bikin. Jangan kata mahu dinilai melalui tanggung jawab pemimpin kepada rakyat, kalau dinilai melalui keperluan agama sekalipun, pemimpin-pemimpin Pas sudah termasuk dikalangan orang yang gagal,” katanya.
Blog Pisau (pisau.net) pula secara sinis membidas kerajaan Pas Kelantan yang sejak memerintah negeri itu selama 20 tahun secara konsistennya membekalkan virus E.Coli disetiap rumah secara percuma.
“Kejayaan yang ditempa oleh Nik Aziz sebagai Menteri Besar sudah pasti akan tercatat dalam sejarah ngara. Tidak ada mana-mana kerajaan BN yang mampu menandingi kehebatan kerajaan Pas Kelantan. Dasar membekal air kotor yang membawa virus E.Coli adalah inisiatif negeri berkebajikan Pas Kelantan. Di khabarkan ini menjadi punca kejayaan Pas untuk terus menjadi kerajaan di negeri di Kelantan,” sinis blog itu.
Katanya, rakyat Kelantan yang sekian lama menyokong Pas sudah pasti akan menolak BN daripada menjadi kerajaan kerana seluruh negara yang diperintah parti itu tidak pernah membekalkan virus E. Coli secara percuma sepertimana yang dilakukan oleh Pas Kelantan.
Blog Malaysia Heaven (malaysiaheaven.blogspot.com) pula dengan sinis berkata, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak perlu berjanji dengan rakyat Kelantan untuk menyelesaikan masalah air jika mereka memberi mandat kepada BN kerana rakyat negeri tiu tidak akan menerimannya.
Katanya, lebih baik BN memberikan tumpuan kepada negeri-negeri dan kawasan yang masih ramai menyokong dan menyayangi BN daripada membantu mereka yang membenci UMNO dan BN.
“TPM janji nak selesaikan masalah air di Kelantan kalau rakyat Kelantan bagi mandat? Simpan sajalah niat baik tu, Tan Sri. Mereka tidak akan terima punyalah. Mereka hina kita lagi adalah. Biarkan rakyat Kelantan dengan angan-angan Mat Jenin mereka itu,” katanya.
Blog juri Rakyat (jurirakyat.blogspot.com) berkata, masalah bekalan air bersih merupakan isu yang besar dan berat yang masih belum ditangani oleh kerajaan Pas Kelantan walaupun isu tersebut sudah berlarutan sejak sekian lama.
Rakyat harus sedar kemana wang kerajaan negeri dibelanjakan. Sultan Kelantan telah menegur corak pentadbiran Nik Aziz yang rakus kepada rakyat. Sultan juga cuba menyindir Menteri Besar Kelantan jangan berselindung di sebalik agama untuk mencuri wang rakyat. Pas (juga) jangan bongkak dengan mengatakan parti mereka paling bersih dengan  gejala rasuah. Tengok dIri sendiri dulu sebelum mengata orang . Orang (penyokong) Pas banyak yang sudah sedar tetapi puak-puak ketua-ketua Pas yang gila kuasa sahaja tidak sedar kerana diulik oleh pangkat dan kuasa, masih menghasut rakyat yang tidak berdosa untuk memberi sokongan kepada Pas,” katanya.


-            LUKMAN ISMAIL

No comments:

Post a Comment