BERA 7
Mac — Pas yang mengeluarkan fatwa kononnya wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)
itu ”rasuah” sebenarnya menghina umat Islam yang menerimanya termasuk anggota
parti itu sendiri.
Menteri
Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri
Yaakob berkata, Pas tidak sepatutnya melabelkan bantuan itu sebagai rasuah
kerana ia pemberian ikhlas kerajaan untuk membantu rakyat berpendapatan kurang
RM3,000 sebulan.
"Jika
BRIM itu dianggap rasuah, maka pelbagai bantuan kerajaan kepada rakyat sebelum
ini, adakah itu rasuah juga?” soalnya ketika berucap pada majlis penyampaian
BR1M kepada seramai 480 penduduk Parlimen Bera di sini.
Beliau
turut kesal dengan dakwaan serta tuduhan Pas itu kerana bantuan yang diberikan
kepada rakyat negara ini tanpa mengira kaum dan latar belakang serta fahaman
politik telah disalah anggap.
Katanya,
pembangkang hanya tahu menuduh kerajaan dengan pelbagai tohmahan sedangkan
parti itu yang berkuasa di Kedah dan Kelantan berada dalam keadaan bercelaru.—
BERNAMA
No comments:
Post a Comment