KOTA
BHARU 20 Feb 2012. – Seorang tokoh agama di negeri ini berpendapat, adalah
berdosa menyokong Pas kerana perjuangan parti itu kini tidak lagi untuk
menegakkan negara Islam, sebaliknya membawa kehancuran kepada sesama umat
Islam.
Pengasas
Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa’amah berkata, beliau sangat kecewa apabila
pemimpin Pas yang selama ini lantang bercakap menegakkan Islam dan menuduh UMNO
memperjuangkan kebangsaan, kini bersekongkol dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim
yang dikatakan menyokong usaha memastikan keselamatan negara Israel.
“Saya
sangat-sangat kecewa dengan sikap pemimpin Pas yang bercakap menegakkan Islam,
tetapi menipu diri sendiri apabila masih lagi bersama Anwar yang menyokong
usaha memastikan keselamatan negara Israel, seteru umat Islam,” katanya kepada
Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Beliau
mengulas pendirian Pas yang terus menjalin kerjasama dengan Anwar dalam pakatan
pembangkang di sebalik kenyataan Ketua Pembangkang itu kepada akhbar The Wall
Street Journal, menyatakan sokongan terhadap usaha memastikan keselamatan
negara Israel.
Mengenai
cadangan tokoh akademik Islam, Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abd. Majid supaya
Pas mengambil alih kepimpinan pakatan pembangkang daripada Anwar, Abdullah
berpendapat, perkara itu mustahil kerana ia sudah tentu mendapat tentangan
daripada DAP.
No comments:
Post a Comment