Oleh MAT
PIAH TEH DERIS
KETUA
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada malam 2 Jun lalu seolah-olah
melancarkan "perang" kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) biarpun
tarikh pilihan raya belum diumumkan. Anwar melancar perang itu di Guar Perahu
yang terletak di Parlimen Permatang Pauh kawasan tradisi yang diwakilinya sejak
bergerak aktif sebagai pemain politik.
Parlimen
Permatang Pauh diambil alih oleh isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan
Ismail selaku Presiden PKR beberapa penggal semasa Anwar menjalani hukuman di
Penjara Sungai Buluh atas kesalahan pecah amanah. Seperti DAP, PKR juga
dimonopoli oleh anak-beranak Anwar selaku Ketua Umum parti itu tanpa melalui
proses pertandingan?
Permatang
Pauh bagi Anwar samalah dengan Parlimen Pekan, Pahang yang diwakili oleh
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang diwarisi daripada bapanya,
Perdana Menteri Kedua Allahyarham Tun Abdul Razak Hussain. Begitu juga sama
Parlimen Gua Musang dengan Tengku Razaleigh Hamzah dan mantan PM, Tun Dr.
Mahathir Mohamad dengan Parlimen Kubang Pasu dulunya. Kini Dr. Mahathir telah
mengisytiharkan diri bersara daripada politik tetapi kelihatan masih aktif
berceramah di sana sini?
Apa yang
mungkin menarik kalangan orang politik bukan sahaja di Permatang Pauh ialah
tentang usaha Anwar mengangkat diri sendiri dengan mengaitkan dirinya dengan
tokoh-tokoh pemimpin dunia termasuk Perdana Menteri baru Turki, Pemimpin Hamas,
tokoh Islam Yusof Qaradawi dan waris kepada tokoh negarawan dan Bapa India,
Mahatma Ghandi.
Daripada
segi imej dan implikasi politiknya, apakah Anwar tidak percaya dengan kebolehan
dan ketokohan sendiri. Kenapa beliau mengheret nama beberapa pemimpin dunia
luar bagi membantu ceramahnya?
Ceramah
tersebut yang lengkap dengan tayangan slide di layar gergasi dijadikan sebagai
latar belakang pentas tempat dia berceramah. Aksi itu sebenarnya lebih mirip
kepada lakonan solo pementasan teater.
Ceramah
itu dirakamkan oleh blog KedahKini, tidak pula menunjukkan orang ramai dan
barisan pemimpin pakatan pembangkang yang hadir. Namun para pemimpin lain
termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dijemput menampilkan diri
bersama Anwar dipentas selepas ceramah berakhir.
Dalam hubungan
ini, saya teringat kepada seorang blogger dalam tulisannya menyifatkan Anwar
sebagai pelakon handalan yang sepatutnya mendapat anugerah sebagai
"Pelakon Terbaik" kerana pandai berlakon, petah bercakap, mengata dan
bermacam-macam tohmah yang dilemparkan kepada kerajaan khususnya PM Najib yang
mendapat kecaman dan menjadi sasaran paling buruk darinya.
Dia bukan
sahaja memperlecehkan semua dasar kerajaan sekarang kerana tidak menurunkan
harga minyak, menghapuskan PTPTN dengan memberikan pendidikan tinggi percuma
malah Anwar juga menyentuh soal-soal pribadi yang melibatkan Najib dan
isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Ia lebih
bersifat satu tohmahan dan persepsi kerana isu-isu yang ditimbulkan itu tidak
pernah didakwa atau dibawa untuk pengadilan di mahkamah misalnya.
Itulah
kelebihan dan kepandaian tokoh pembangkang bernama Anwar Ibrahim dalam
mereka-reka cerita yang berupa tohmahan disampaikan kepada rakyat seolah-olah
isu yang dibangkitkan itu "real" dan telah melalui proses pendakwaan
undang-undang dan hukuman oleh mahkamah?
Malah
pada satu peringkat yang mungkin menggelikan hati rakyat dan orang ramai yang
datang mendengar ceramah itu, bila Anwar bermonolog siap dengan dialog khayalan
ciptaannya sendiri bila dia berjaya kononnya menjadi Perdana Menteri selepas
PRU-13 dan Najib digambarkan sebagai Ketua Pembangkang gelaran yang
disandangnya sekarang.
Dia
memberikan gambaran Najib seolah-olah tergagap tidak dapat menjawab dan cuba
melarikan diri bila ditanya oleh para wartawan tentang pengumuman yang dibuat
oleh beliau sebagai PM baru ketika mengumumkan penurunan harga minyak di
Parlimen sehari selepas dia mengambil alih pentadbiran negara ini?
Ura-ura
pembangkang untuk menurunkan harga minyak pada keesokan harinya sebaik-baik
mereka berjaya memenangi pilihan raya dan memerintah negara bukan perkara baru
yang pernah dijanjikan pakatan pembangkang dalam manifesto kempen PRU-12 pada
2008 lalu?
Anwar
juga berlakon bertanya pada seorang pendengar perihal hasil minyak Petronas
berjumlah RM80 bilion setahun ditolak dengan RM5 bilion untuk menampung
pengajian tinggi percuma dengan menghapuskan PTPTN: "80 - 5 berapa?"
Jawapan
yang diterima tentulah 75 dan beliau terus memuji-muji orang yang memberikan
jawapan itu sebagai pandai dan bijak dibandingkan dengan Najib: "80-5
jawabnya muflis." sindir Anwar diikuti dengan tepukan sorak daripada
hadirin.
Yang
lebih melucukan bila Anwar bertanyakan nama orang yang menjawab soalan itu,
nama yang kedengaran diberikan ialah "Najib" yang membuat dia
terhenti dengan tawaran asalnya meminta individu berkenaan memberikan nombor
kad pengenalan dan alamatnya? Mungkin Anwar kantoi di situ.
Sebelum
ini, dalam siri ceramah politik membawakan nada yang sama di kawasan Parlimen
Lembah Pantai baru-baru ini yang diwakili oleh anak perempuannya, Nurul Izzah
juga Naib Presiden PKR yang berlaku sedikit kekecohan. Anwar juga menimbulkan
perkara-perkara dan isu yang serupa.
Jadi
bolehlah dijangkakan inilah modal dan isu politik Ketua Pembangkang itu bagi
PRU-13 yang tidak segan silu mendedahkan impian dan cita-cita besarnya untuk
menjadi Perdana Menteri Malaysia dengan mengherat dan membabitkan tokoh-tokoh
pemimpin tertentu dunia yang pernah ditemuinya.
Ia
mungkin penuh gimik dan tokok tambah tanpa pengetahuan pemimpin yang dibabitkan
namanya itu? Inilah imej Anwar sebenarnya yang sudah begitu yakin malah over
confident dan bersifat takbur untuk memenangi PRU-13 dan merampas
Putrajaya?
Macam
mana jika ditakdirkan dengan izin-NYA dan kehendak Allah SWT, beliau gagal
sekali lagi selepas ura-ura "16 September" dulu kerana rakyat
khususnya majoriti 12 juta pengundi menolak gaya kepimpinan beliau dan Kerajaan
Barisan Nasional (BN) terus diberi mandat dan amanah untuk memerintah negara
ini.
No comments:
Post a Comment