Monday, January 30, 2012

LAGI MIMBAR KHUTBAH JADI MEDAN CERAMAH POLITIK


Sebagai penduduk, saya terpanggil untuk melahirka rasa kesal terhadap khatib yang dibenarkan membaca khutbah Jumaat di Masjid Al-Ehsan Kampung Temonyong yang semakin hari semakin tidak menghormati adab dan fungsi masjid secara umumnya demi perpaduan masyarakat setempat.

Sudah berkali-kali mereka ini menggunakan masjid sebagai pentas untuk berpolitik. Setiap kali khutbah Jumaat dibaca, setiap kali itulah mimbar digunakan oleh khatib yang bertugas diberikan kebenaran untuk membaca khutbah sebagai medan untuk mereka berceramah politik.

Kami sedia mendengar apa-apa sahaja bahan khutbah yang mempunyai ilmu untuk martabat agama Islam, disamping menambahkan lagi pengetahuan ilmu agama kepada kami semua. Cuma penggunaan mimbar khutbah yang disunatkan untuk mengucapkan kata-kata baik, elok dan tanpa caci hina kepada tempat untuk melepaskan geram, menceritakan konflik peribadi pembaca khutbah dan kutuk mengutuk tanpa usul periksa adalah sesuatu yang dikesalkan.

Paling mendukacitakan, mimbar masjid ini sekali lagi pada minggu ini (23 Disember 2011) dijadikan pentas berkempen oleh seorang khatib yang membaca khutbah atas tiket kononnya daripada parti memperjuangkan Islam.

Selain tohmahan, cercaan yang tanpa bukti lebih malang lagi tanpa memikirkan perasaan dan matlmat jemaah yang datang bersolat Jumaat, khatib yang ‘diimport’ dari mana kami pun tak tahu secara terang-terangan meminta semua jemaah untuk memangkah parti yang kononnya sebagai parti Islam dan jangan memilih parti yang memerintah sekarang pada pilihan raya umum akan datang.

Lebih dahsyat lagi, khatib ini menyifatkan mereka yang tidak memilih parti Islam tersebut sebagai termasuk dalam golongan berdosa besar.

Sesungguhnya, penduduk Kampung Temonyong tidak kisah sangat terhadap mana-mana tok guru atau ustaz untuk mengajar ilmu agama di masjid ini kerana ia adalah satu fungsi masjid. Tetapi seandainya rumah ibadat ini sebagai pusat perpaduan masyarakat telah dijadikan gelanggang politik sempit, ia adalah sesuatu tidak harus dilakukan.

Pihak Pejabat Agama Islam Langkawi juga seharusnya memantau tindakan pihak pengurusan masjid yang seolah-olah tidak menghiraukan langsung peranan agensi agama yag dipertanggungjawabkan ini.

Malahan sepanjang enam bulan lalu, tidak sekali pun pihak masjid ini khususnya khatib membaca khutbah yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Kedah.

Mereka lebih berminat membaca teks khutbah yang disediakan mereka sendiri berbandingkan masjid lain di Langkawi yang membaca teks rasmi seperti diarahkan.

Harapan kami, perbuatan dan penyalahguanan mimbar masjid sebagai pentas politik oleh parti tertentu dihentikan demi kemuliaan masjid, perpaduan masyarakat dan kariah di kampung ini.

- MAKMUM MASJID AL-EHSAN TEMONYONG

JEMAAH KECEWA CERAMAH BERUNSUR POLITIK DI MASJID


KUALA LUMPUR 16 Sept – Jemaah Masjid Al-Mardhiyah, Taman Melawati dekat sini terkilan apabila kuliah maghrib yang seharusnya membincangkan permasalahan agama disalahgunakan dengan diselitkan unsur politik.

Penduduk yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, kejadian pada malam kelmarin itu berlaku dalam tempoh 10 minit ketika penceramah jemputan tersebut mahu menamatkan kuliah maghrib beliau.

Katanya, dengan penuh semangat, penceramah jemputan itu menyokong kenyataan Mohamad Sabu yang mengangkat komunis sebagai hero sebenar dalam tragedi Bukit Kepong dan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan.

“Namun apa yang membuat saya lebih terkilan ialah apabila penceramah dalam lingkungan 40-an itu mengatakan bahawa sejarah negara perlu dikaji dan ditulis semula. Kenyataan itu mengakibatkan beberapa jemaah saling berpandangan sesama mereka, hairan dengan tindakan penceramah yang cuba mempengaruhi dan mengelirukan jemaah masjid dengan kenyataannya itu,” katanya disini hari ini.

Kata penduduk itu, kejadian tersebut dipercayai yang pertama dikesan berlaku di masjid berkenaan dan dikhuatiri ia akan menjadi trend kepada kuliah agama lain sekiranya tiada pemantauan dibuat oleh ahli jawatankuasa masjid dan JAIS.

Katanya sebagai tempat ibadat, masjid seharusnya tidak dijadikan ‘gelanggang’ untuk berpolitik tidak kira oleh parti mana pun baik kerajaan atau pembangkang.

RAKYAT SELANGOR SEDAR TERTIPU


KUALA LUMPUR 16 jan – Rakyat Selangor dipercayai telah sedar mereka tertipu dengan janji manis kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menjanjikan perubahan.

Penganalisis politik, Mohd. Roslan Mohd. Saludin berkata, tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kini amat ditunggu-tunggu oleh rakyat Selangor untuk mengubah kerajaan yang gagal berfungsi dan menyelesaikan masalah.

Katanya yang juga bekas Felo Pusat Syariah, Undang-Undang dan Sains Politik, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Barisan Nasional (BN) dibawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat lebih menyakinkan dengan pendekatan rakyat didahulukan.

Menurutnya rata-rata rakyat Selangor amat teruja menunggu saat-saat diberi peluang mengubah kerajaan negeri melalui PRU13.

Sambutan yang diberikan oleh rakyat Selangor sempena lawatan Perdana Menteri semalam memberikan isyarat yang jelas kepada pembangkang bahawa mereka gagal dan membohongi masyarakat beberapa tahun kebelakangan ini,” katanya.

Roslan berkata, sejak mengambi alih tampuk pemerintahan negeri pada 2008, Selangor tidak pernah sunyi daripada meresahkan rakyat dengan pelbagai isu yang mencemaskan. Terbaru, isu menaikkan sewa premis Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Shah Alam, jelas menekan dan membelakangkan kepentingan rakyat sehingga menyebabkan protes oleh pemilik perniagaan.

Tindakan kerajaan PKR di Selangor ibarat kera mendapat bunga yang secara tidak langsung menjejaskan kesejahteraan rakyat yang sebelum ini terkenal dengan negeri termaju di Malaysia,” katanya.

Sementara itu, pemerhati politik, Che Hamdan Che Mohd. Razali berkata, kerajaan PKR Selangor dilihat masih “tercari-cari” formula terbaik untuk mengekalkan kuasa dan membuktikan mereka lebih baik daripada BN.

Beliau berkata, kerajaan dibawah pimpinan Tan Sri Abdul Kahlid Ibrahim amat berhati-hati dalam menjaga ketelusan kerana hanya itu sahaja modal pilihan raya yang dapat dimainkan. Namun katanya, sekiranya kerajaan Selangor sekarang terlalu mementingkan idealisme parti yang mahu dilihat telus dan adil tanpa mengambil berat masalah rakyat, ia bakal dijadikan isu utama yang boleh mengembalikan sokongan rakyat kepada BN.

KONVENSYEN PEMBANGKANG HAMBAR


(Oleh : Nizam Yatim)

Baru-baru ini di Stadium Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Alor Setar, Kedah telah diadakan Konvensyen Pakatan Rakyat Ketiga yang dihadiri kira-kira 2,000 orang. Jumlah kehadiran itu jauh meleset daripada sasaran awal yang ditetapkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Induk konvensyen, Datuk Mahfuz Omar iaitu sebanyak 5,000 perwakilan dan pemerhati.

Konvensyen sehari itu tetap diteruskan mulai pukul 9 pagi walaupun separuh daripada kerusi yang disediakan kosong. Sepanjang konvensyen itu, tiada idea baru yang dilontar kepimpinan tertinggi pembangkang sebaliknya hanya ungkapan kosong yang bersifat retorik.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali yang berucap mewakili parti itu pada sesi sebelah pagi hanya menyampaikan ucapan ‘kitar semula’ dengan mengulangi dakwaan bahawa rakyat sudah kehilangan keyakinan terhadap kerajaan.

Beliau berkata, rakyat negara ini sedang berdepan dengan krisis keyakinan terhadap pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang gagal melaksanakan transformasi politik dan ekonomi. Tambahnya rakyat mahu pihak pembangkang segera membanteras rasuah, menghapuskan keborosan dan ketirisan yang akan memufliskan Malaysia menjelang 2020.

Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang berucap mewakili parti itu juga mendendangkan lagu lama apabila berikrar untuk menghapuskan Malaysia daripada rasuah dan pembaziran; langkah yang sudah lama dilaksanakan oleh Najib.

“Negara kotor untuk 53, 54 tahun. Kita perlu bekerja bersama-sama untuk menghapuskan Brisan nasional (BN) dalam pilihan raya umum kali ini,” katanya.

Selepas itu, para pemimpin pembangkang mengambil bahagian dalam upacara sumpah ikrar dengan iltizam untuk menjunjung cita-cita membina sebuah Malaysia baru yang demokratik, adil dan berkebajikan.

Mereka turut berjanji untuk mempertahan Perlembagaan dan dasar bersama pakatan, memperkukuh kerjasama antara anggota gabunganya serta meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat.

Antara pemimpin yang hadir ialah Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presidennya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Penasihat parti DAP, Lim Kit Siang; Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Tiadanya pembentangann pelan induk komprehensif yang akan dilaksanakan jika pihak pembangkang memerintah negara ini membuatkan kita tertanya-tanya adakah pakatan itu serius dengan janji-janjinya untuk menawan Putrajaya.

Kesangsian itu semakin kuat apaila wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pelajar yang berucap pada sesi suara nurani rakyat Malaysia memilih untuk mengkritik pihak pembangkang secara terbuka.

Pengerusi gabungan Pilihan Raya Besih dan Adil (Bersih) 2.0, Datuk Ambiga misalnya mencabar gabungan itu supaya mengemukakan pelan khusus bagaimana untuk menghapuskan rasuah dan salah guna kuasa apabila berkuasa nanti.

Pelan itu, tidak pernah tercatat dalam Buku Jingga yang diuar-uarkan pembangkang sebagai rujukan utama apabila memerintah Malaysia nanti. Tambah Ambiga, pihak pembangkang juga tidak mempunyai sebarang perancangan spesifik untuk mendapatkan semula dana haram yang dibawa keluar dari Malaysia yang didakwanya berjumlah lebih RM1 trilion.

“Saya juga mahu tahu apakah pendirian pakatan dalam isu pembentukan suruhanjaya mencari kebenaran dan menyelesaikan kes kematian melibatkan agensi awam,” katanya merujuk kepada langkah kerajaan BN menubuhakan suruhanjaya bagi menyiasat individu yang mati ketika disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Selain Ambiga, turut menemplak pihak pembangkang ialah wakil pelajar yang juga Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis), Akram Ikrami Taib. Anak kepada Ahli Parlimen Baling, Taib Azamuddin itu memberitahu pihaknya bosan dengan janji pembangkang untuk menawan Putrajaya sedangkan tiada penyelesaian konkrit yang dikemukakan bagi merungkai isu pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTTN).

“Kaedah pembayaran balik sekarang menyebabkan para graduan tertekan dan tidak dapat tidur lena,” katanya.

Keraguan mengenai kesungguhan pihak pembangkang untuk memerintah negara bertambah kuat apabila Abdul hadi yang berucap pada sesi penggulungan mengakui “jalan untuk ke Putrajaya sangat berliku dan bukan jalan mudah”.

Guan Eng dalam ucapan penggulungannya juga mengakui BN masih mempunyai kelebihan dan tiada jaminan pihak pembangkang akan menang dalam pilihan raya umum nanti.

Mengulas perkembangan terkini itu, penganalisis politik, Mohd. Roslan Mohd. Saludin berkata, rakyat tidak seharusnya tertipu dengan janji manis pembangkang yang mendakwa akan membuat perubahan sedangkan tiada pelan komprehensif yang dibentangkan.

Katanya, apa yang dijanjikan itu hanya bersifat umum dan tidak menyentuh seara langsung ideologi teras parti gabungan seperti Pas yang berlandaskan kepada Islam dan DAP yang agendanya adalah sekular.

Mencari keserasian memerintah secara bersama dengan parti yang bertentangan ideologi adalah sesuatu yang hampir mustahil untuk dicapai,” katanya.

Tegasnya, melihatkan kerapuhan pihak pembangkang dalam pemerintahan di Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor serta Perak satu ketika dahulu, beliau berpendapat janji yang bersifat idealistik itu tidak mungkin boleh dicapai.

Kita jangan bersikap simplistik dan menganggap mentadbir serta mengurus negara semudah menyediakan mi segera,” ujarnya yang juga bekas Felo Pusat Syariah, Undang-Undang dan Sains Politik, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Dalam pada itu, pemerhati politik, Che Hamdan Che Mohd. Razali turut melahirkan keraguan terhadap kemampuan pembankang untuk memerintah negara jika dilihat kegagalannya menerajui negeri termaju, Selangor.

“Saya dapati pihak pembangkang masih ‘tercari-cari’ formula terbaik untuk mengekalkan kuasa di negeri-negeri yang diperintah mereka dan membuktikan mereka lebih baik daripada BN,” katanya yang juga pensyarah Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknoloji Mara Kampus Dungun, Terengganu.

Katanya, di Selangor misalnya, pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilihat memberi tumpuan untuk mewujudkan imej kerajaan yang telus dan adil.

Dalam kesibukan untuk mementingkan idealisme parti yang mahu dilihat telus dan adil, ia tidak mengambil berat masalah masyarakat seperti kadar sewa premis perniagaaan yang tinggi dan isu sampah tidak dikutip,” ujarnya.

Kepada pengundi yang akan menunaikan hak masing-masing pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti, jangan biarkan nasib anda seperti kata pepatah yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran.

NAKHAIE GESA PENYOKONG PAS JANGAN TAKSUB, BERMUHASABAH


KUALA LUMPUR 23 Jan – Penyokong Pas diminta bermuhasabah dan tidak bersikap terlalu taksub kepada parti. Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaie Ahad berkata, ini kerana agenda Islam dilaungkan parti itu semakin tidak jelas dan perjuangan yang dilakukan tidak lebih sekadar retorik politik.

Katanya, walaupun mendukung nama Islam, pendekatan Pas adalah sama seperti parti-parti politik lain dengan matlamat utamanya mendapatkan kuasa.

Sumbangan Pas kepada Islam terlalu sedikit. Selain slogan retorik “Membangun Bersama Islam”, Pas tidak mempunyai agenda terperinci dan konsep perjuangannya berubah dari semasa kesemasa. Saya nasihatkan penyokong Pas yang taksub ini agar bermuhasabah diri dengan Allah, fikirkan apa sebenarnya Islam, apa agenda Pas dan apa sumbangannya selain daripada retorik-retorik politik,” katanya.

Baru-baru ini, bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Hasan Ali menyatakan Pas tidak boleh dianggap sebagai sebuah agama yang bersifat maksum, sebaliknya ia hanyalah parti politik yang tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan.

Menurut Nakhaie, pendirian Pas yang menolak kerjasama dengan UMNO juga dipersoalkan kerana parti itu sanggup mengadakan pakatan dengan DAP dan PKR yang lebih sekular.

“Orang masih boleh ditipu lagi dengan alasan ini adalah strategi, tetapi semakin lama semakin ketara kepalsuan dalam perjuangan Pas dan permiannan ini semakin berbahaya,” katanya.