Wednesday, January 11, 2012

MENANG SAMAN FITNAH HARAKAH


Ipoh 12hb Julai – Seorang peguam hari ini memperolehi ganti rugi RM50,000 setelah memenangi kes samannya terhadap Ketua Pengarang Akhbar Harakah, Ahmad Lufti Othman dan tiga yang lain berhubung artikel yang didakwa berunsur fitnah terhadapnya tiga tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen, Rasidah Chik memutuskan demikian selepas mendapati keempat-empat defenden memfitnah plaintif, Tun Mohamad Ammar Aziz, 37, yang merupakan Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO, Bahagian Ipoh Timur menerusi artikel berkenaan.

Selain ganti rugi, mahkamah memerintahkan pihak defenden membayar kos.

Pada 15 September 2009, Tun Mohamad Ammar memfailkan saman terhadap Ahmad Lufti, bekas pemegang permit akhbar Harakah, Halim Arsyat dan pencetaknya, Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd.

Beliau mengemukakan saman itu kerana mendakwa artikel yang diterbitkan Harakah Edisi Isnin, Bilangan 1,391 bertarikh 17 hingga 20 November 2008 berjudul “Mukhriz Juga DiDakwa Rasuah Politik?” berunsur fitnah terhadapnya.

Plaintif mendakwa, penyiaran artikel tersebut telah mencemarkan reputasinya sebagai seorangIslam, rakyat Malaysia, pengamal undang-undang dan pemegang jawatan dalam UMNO.

No comments:

Post a Comment