Wednesday, January 11, 2012

NIK AZIZ TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB

KOTA BHARU 5 Dis – Walaupun menegaskan nabi dan ulama tidak boleh disamakan namun Datuk Nik Aziz Nik Mat menegaskan, beliau tidak akan bertanggungjawab terhadap tindakan seorang penceramah, Shamsul Zaman Sukri atau ‘Ustaz Budak’ menyamakan Mursyidul Am Pas itu dengan nabi.

Sehubungan itu, Menteri Besar Kelantan tersebut berkata, beliau tidak berasa dukacita dengan tindakan penceramah Pas terbabit walaupun ia menyentuh soal akidah. Berdasarkan pendirian itu, katanya, beliau berpendapat tidak perlu memberi nasihat kepada penyokong Pas supaya tidak terlalu taksub dengan pemimpin.

“Saya tidak tahu hujung pangkal ‘budak’ itu (Shamsul Zaman), jadi saya tidak mahu jawab yang itu. Saya tidak bertanggungjawab, dia kena tanggungjawab, saya tidak hubungi budak itu, pihak lainlah yang menghubungi budak itu. Saya hendak jawab begini, kalau orang menyamakan saya dengan nabi adalah kufur, maka orang Islam tolak Islam juga kufur, sama ada tolak Islam berganti dengan demokrasi atau kebangsaan juga boleh membawa kepada kufur serupa jugalah. Saya tidak ada apa (dukacita), dia kata,” katanya pada sidang akhbar di kediaman rasminya di JKR 10 disini hari ini.

Akhbar-akhbar hari ini melaporkan sebuah badan pemikir dan beberapa tokoh agama di negeri ini menyifatkan tindakan seorang penceramah Pas menyamakan Nik Aziz dengan nabi sebagai sesat dan membawa kepada kekufuran.

Mereka turut berpendapat bahawa ikon Pas tersebut perlu bertanggungjawab kerana beliau yang membuatkan penyokong parti tersebut taksub kepada pemimpin.

Ia ekoran pendedahan rakaman video ceramah Shamsul Zaman yang menyamakan Nik Aziz dengan nabi dengan bersandarkan hujah ‘ulama adalah pewaris nabi’ oleh sebuah portal, detikperubahan.com.

Ulasannya :-

1. Itulah sikap Tok Guru yang suka memesongkan akidah penyokong2nya.

2. Dia harus bertanggungjawab dalam menasihati pengikut2nya yang terlalu taksub.

3. Jika ianya berlaku pada Rasulullah, sudah tentu Rasulullah akan menegur atau pun menasihati pengikut2nya jika ada apa2 kesalahan dan kesilapan..tapi tidak bagi Tok Guru.

4. Itu menunjukksan betapa egonya Tok Guru.

5. Tok Guru juga kata dia tak berdukacita dengan apa yang berlaku…sepatutnya dia harus berdukacita kerana ada pengikutnya sudah terpesong akidah.

6. Sudah dikatakan bahawa Pas bukan parti Islam tetapi parti yang meruntuhkan akidah orang Islam.

No comments:

Post a Comment