Monday, January 30, 2012

RAKYAT SELANGOR SEDAR TERTIPU


KUALA LUMPUR 16 jan – Rakyat Selangor dipercayai telah sedar mereka tertipu dengan janji manis kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menjanjikan perubahan.

Penganalisis politik, Mohd. Roslan Mohd. Saludin berkata, tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kini amat ditunggu-tunggu oleh rakyat Selangor untuk mengubah kerajaan yang gagal berfungsi dan menyelesaikan masalah.

Katanya yang juga bekas Felo Pusat Syariah, Undang-Undang dan Sains Politik, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Barisan Nasional (BN) dibawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat lebih menyakinkan dengan pendekatan rakyat didahulukan.

Menurutnya rata-rata rakyat Selangor amat teruja menunggu saat-saat diberi peluang mengubah kerajaan negeri melalui PRU13.

Sambutan yang diberikan oleh rakyat Selangor sempena lawatan Perdana Menteri semalam memberikan isyarat yang jelas kepada pembangkang bahawa mereka gagal dan membohongi masyarakat beberapa tahun kebelakangan ini,” katanya.

Roslan berkata, sejak mengambi alih tampuk pemerintahan negeri pada 2008, Selangor tidak pernah sunyi daripada meresahkan rakyat dengan pelbagai isu yang mencemaskan. Terbaru, isu menaikkan sewa premis Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Shah Alam, jelas menekan dan membelakangkan kepentingan rakyat sehingga menyebabkan protes oleh pemilik perniagaan.

Tindakan kerajaan PKR di Selangor ibarat kera mendapat bunga yang secara tidak langsung menjejaskan kesejahteraan rakyat yang sebelum ini terkenal dengan negeri termaju di Malaysia,” katanya.

Sementara itu, pemerhati politik, Che Hamdan Che Mohd. Razali berkata, kerajaan PKR Selangor dilihat masih “tercari-cari” formula terbaik untuk mengekalkan kuasa dan membuktikan mereka lebih baik daripada BN.

Beliau berkata, kerajaan dibawah pimpinan Tan Sri Abdul Kahlid Ibrahim amat berhati-hati dalam menjaga ketelusan kerana hanya itu sahaja modal pilihan raya yang dapat dimainkan. Namun katanya, sekiranya kerajaan Selangor sekarang terlalu mementingkan idealisme parti yang mahu dilihat telus dan adil tanpa mengambil berat masalah rakyat, ia bakal dijadikan isu utama yang boleh mengembalikan sokongan rakyat kepada BN.

No comments:

Post a Comment