Monday, January 30, 2012

NAKHAIE GESA PENYOKONG PAS JANGAN TAKSUB, BERMUHASABAH


KUALA LUMPUR 23 Jan – Penyokong Pas diminta bermuhasabah dan tidak bersikap terlalu taksub kepada parti. Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaie Ahad berkata, ini kerana agenda Islam dilaungkan parti itu semakin tidak jelas dan perjuangan yang dilakukan tidak lebih sekadar retorik politik.

Katanya, walaupun mendukung nama Islam, pendekatan Pas adalah sama seperti parti-parti politik lain dengan matlamat utamanya mendapatkan kuasa.

Sumbangan Pas kepada Islam terlalu sedikit. Selain slogan retorik “Membangun Bersama Islam”, Pas tidak mempunyai agenda terperinci dan konsep perjuangannya berubah dari semasa kesemasa. Saya nasihatkan penyokong Pas yang taksub ini agar bermuhasabah diri dengan Allah, fikirkan apa sebenarnya Islam, apa agenda Pas dan apa sumbangannya selain daripada retorik-retorik politik,” katanya.

Baru-baru ini, bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Hasan Ali menyatakan Pas tidak boleh dianggap sebagai sebuah agama yang bersifat maksum, sebaliknya ia hanyalah parti politik yang tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan.

Menurut Nakhaie, pendirian Pas yang menolak kerjasama dengan UMNO juga dipersoalkan kerana parti itu sanggup mengadakan pakatan dengan DAP dan PKR yang lebih sekular.

“Orang masih boleh ditipu lagi dengan alasan ini adalah strategi, tetapi semakin lama semakin ketara kepalsuan dalam perjuangan Pas dan permiannan ini semakin berbahaya,” katanya.

No comments:

Post a Comment