Wednesday, January 11, 2012

BAYAR WIKILEAKS SIAR BERITA FITNAHKAN PM

KUALA LUMPUR 8 Sept – Seorang bekas rakan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa terdapat pihak tertentu yang membayar laman web Wikileaks supaya portal itu menyiarkan berita bahawa kes liwat melibatkan Ketua Pembangkang itu merupakan satu konspirasi kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bekas Pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong berkata, beliau mempunyai bukti tentang perkara tersebut dan sedia mendedahkan kepada umum apabila tiba masanya. Sehubungan itu, beliau meminta rakyat negara ini tidak mudah terpengaruh dengan berita fitnah itu seperti mana yang disiarkan di Wikileaks.

“Ini merupakan satu berita fitnah yang sengaja direka dan kemudian disiarkan didalam laman web Wikileaks dengan tujuan menpengaruhi rakyat. Ia hanya sekadar satu berita fitnah tanpa disertakan dengan bukti kukuh. Kesahihan berita ini sememangnya diragui dan harus diragui apatah lagi ada bukti yang menunjukkan terdapat pihak-pihak tertentu membayar laman web ini supaya berita fitnah seperti itu boleh disiarkan,” katanya hari ini.

Selain itu, Lum Yong berkata, kredibiliti laman web itu juga semakin tercalar apabila beberapa berita yang disiarkan didapati tidak benar seperti dakwaan Menteri Mentor Singapura Lim Kuan Yew yang dikatakan mengecam Islam.

Bagaimanapun, beliau berkata, berita-berita seumpama itu sering dipetik oleh portal berita propembangkang untuk tatapan rakyat negara ini kerana mereka sememangnya anti kerajaan.

“Oleh itu rakyat harus menimbang secara rasional setiap berita yang disiarkan oleh portal-portal berita propembangkang sama ada ia fitnah atau sebaliknya,” katanya.

No comments:

Post a Comment