Monday, January 30, 2012

JEMAAH KECEWA CERAMAH BERUNSUR POLITIK DI MASJID


KUALA LUMPUR 16 Sept – Jemaah Masjid Al-Mardhiyah, Taman Melawati dekat sini terkilan apabila kuliah maghrib yang seharusnya membincangkan permasalahan agama disalahgunakan dengan diselitkan unsur politik.

Penduduk yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, kejadian pada malam kelmarin itu berlaku dalam tempoh 10 minit ketika penceramah jemputan tersebut mahu menamatkan kuliah maghrib beliau.

Katanya, dengan penuh semangat, penceramah jemputan itu menyokong kenyataan Mohamad Sabu yang mengangkat komunis sebagai hero sebenar dalam tragedi Bukit Kepong dan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan.

“Namun apa yang membuat saya lebih terkilan ialah apabila penceramah dalam lingkungan 40-an itu mengatakan bahawa sejarah negara perlu dikaji dan ditulis semula. Kenyataan itu mengakibatkan beberapa jemaah saling berpandangan sesama mereka, hairan dengan tindakan penceramah yang cuba mempengaruhi dan mengelirukan jemaah masjid dengan kenyataannya itu,” katanya disini hari ini.

Kata penduduk itu, kejadian tersebut dipercayai yang pertama dikesan berlaku di masjid berkenaan dan dikhuatiri ia akan menjadi trend kepada kuliah agama lain sekiranya tiada pemantauan dibuat oleh ahli jawatankuasa masjid dan JAIS.

Katanya sebagai tempat ibadat, masjid seharusnya tidak dijadikan ‘gelanggang’ untuk berpolitik tidak kira oleh parti mana pun baik kerajaan atau pembangkang.

No comments:

Post a Comment