Monday, January 30, 2012

PAS TIDAK LAGI DIPERCAYAI


KUALA LUMPUR 19 Jan – Tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengambil alih portfolio Hal Ehwal Islam yang sebelum ini disandang oleh Datuk Hassan Ali menunjukkan bahawa Pas Selangor tidak lagi mendapat kepercayaan rakan pakatannya.

Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, tindakan itu juga menunjukkan peranan Pas semakin kecil di Selangor. Katanya, pengambilan itu juga menunjukkan Menteri Besar sudah tidak mempercayai Pas untuk memegang urusan pentadbiran negeri biarpun dalam hal berkaitan Islam.

“Pemimpin tertinggi dan ahli Pas harus sedar bahawa jasa yang mereka taburkan selama tiga tahun bersama dengan pakatan kini telah dikhianati. Selepas ini, urusan berkaitan hal ehwal Islam di Selangor akan lebih bercelaru memandangan Abdul Khalid bukan datang daripada latar belakang yang mahir dengan selok-belok agama,” katanya kepada pemberrita disini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Abdul Khalid mengambil alih portfolio Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam selepas Pas memecat Datuk Hassan Ali daripada menjadi ahli parti.

Tambah Hamidzun lagi, pemecatan Hasan juga merupakan satu kerugian besar kepada Pas kerana mereka telah kehilangan ‘ayam laga’ yang kuat didalam Pakatan Rakyat Selangor.

“Bagi saya, ini menunjukkan bahawa masa mereka memerintah negeri Selangor sudah tidak lama kerana saya yakin selepas in rakyat makin sedar dan akan membuat keputusan terbaik semasa pilihan raya umum,” jelasnya.

No comments:

Post a Comment