Wednesday, January 11, 2012

DAP PINDAH PENGUNDI, KERUSI PAS DAN BAJET PiRAUN

DAP secara berleluasa memindahkan para pengundi dalam usaha untuk mencipta kemenangan lebih besar pada pilihan raya akan datang. Itulah yang didedahkan oleh blog Selangor Daily (www.selangordaily.com).

Blog itu berkata, selain pemindahan pengundi-pengundi lama dari kawasan-kawasan yang sudah pasti akan dimenangi oleh DAP, parti pembangkang juga giat memindahkan pengundi-pengundi baru kekawasan-kawasan yang boleh memberikan kemenangan kepada mereka secara giat.

“Maka tidak hairanlah, kawasan-kawasan seperti Sementah, Lembah Jaya, Kajang dan sebagainya menyaksikan lebih ramai pengundi Cina pada PRU-13 nanti. Itulah juga sebabnya apabila SPR melakukan pembersihan dan pengaturan semula, pihak yang paling kuat memekak adalah DAP,” katanya.

Katanya, pakatan pembangkang sedar bahawa sokongan daripada rakyat, khususnya pengundi Melayu semakin berkurangan dan seandainya dibiarkan berterusan tanpa helah pemindahan pengundi maka pembangkang terutama PKR akan berkubur manakala DAP pula hanya akan kekal sebagai sebuah parti kecil-kecilan seperti sebelum 2008.

“DAP merupakan pelopor kepada teknik pemindahan pengundi. DAP tahu, kawasan-kawasan dimana mereka menang besar seperti di Ipoh Barat, Ipoh Timur, Tanjung, Petaling Jaya Selatan dan sebagainya menyediakan lebihan pengundi yang tidak diperlukan pun. Daripada membazirkan pengundi-pengundi tersebut, adalah lebih baik mereka dipindahkan kekawasan-kawasan yang berpotensi untuk dirampas oleh DAP,” katanya.

Blog MyKMU.net (www.mykmu.net) mempersoalkan keputusan Pas yang mahu bertanding di 60 kerusi daripada keseluruhan kerusi Parlimen pada pilihan raya umum akan datang, menyusut tujuh kerusi berbanding jumlah yang ditandingi parti itu pada 2008.

Katanya, persoalannya apakah tujuh kerusi yang dilepaskan itu untuk diserahkan kepada sekutunya dalam pakatan pembangkang iaitu DAP yang pernah berura-ura mahu meletakkan calonnya dikawasan-kawasan yang majoritinya Melayu?

“Jika inilah yang terselindung disebalik tujuan Pas mengurangkan kerusi yang mereka tandingi, maknanya Pas sanggup tunduk kepada DAP didalam pembahagian kerusi pilihan raya. Ini juga membuktikan bahawa Pas hanya parti kelas ketiga yang tidak punya suara dalam kerjasamanya bersama gabungan parti pembangkang,” katanya.

Rakyat harus ingat sekiranya Pas memenangi kesemua kerusi yang ditandinginya pada PRU-13 nanti, ia masih belum cukup bagi parti itu untuk menubuhkan kerajaan atau membuat pindaan Perlembagaan dengan majoriti dua pertiga.

“Sekarang ini, rakyat secara jelas melihat strategi Pas hanyalah untuk memindahkan kuasa daripada UMNO/BN kepada DAP/PR. Pas sedikit demi sedikit dianggap sebagai sebuah parti yang bukannya berjuang untuk agama, tetapi lebih cendering kepada perasaan cemburu serta dendam lama terhadap UMNO,” katanya.

Sementara itu, Zulkifli Noordin (zul4kulim.blogspot.com) menemplak bajet alternatif pembangkang yang diumumkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai bajet PiRaun (Firaun). Ini kerana katanya, itulah tindakan dilakukan Firaun ketika sudah tertekan dengan asakan kebenaran Nabi Musa dan rakyatnya sudah mula beralih untuk bersama Nabi Musa iaitu dengan menawarkan pelbagai pakej rangsangan sesat kepada rakyat.

“Itu jugalah yang dibuat oleh Namrud. Ditawarkan kepada rakyatnya makanan dan pelbagai insentif duniawi yang lain, semata-mata untuk meraih sokongan mereka bila berdepan dengan risalah kebenaran Nabi Ibrahim A.S. Sesiapa yang tidak menyokong, macam-macam dijanjikan,” katanya.

Kata beliau, bajet yang diumumkan Ketua Pembangkang itu nyata adalah gula-gula yang mahu dirasuahkan kepada rakyat dengan ditaburkan pelbagai janji yang jelas mustahil untuk dilaksanakan.

“Bukan susah nak tabur janji yang tidak perlu ditunaikan. Pembangkang senanglah bercakap sebab mereka tak perlu tunaikan apa-apa. Cuma perlu tabur air liur sahaja! Sebab itu pada teman, bajet PiRaun yang dibentangkan semalam sebenarnya mencabar kewarasan dan kebijaksanaan rakyat yang semakin matang. Mereka cuba memperbodohkan rakyat dengan janji yang tidak perlu mereka tunaikan. Mereka perlakukan seolah-olah rakyat Malaysia ini masih duduk diatas pokok didalam rimba jauh dipedalaman,” katanya.

Blog Gerakan Anti-PKR (gerakan-anti-pkr.blogspot.com) pula membidas kenyataan Anwar yang menyatakan bajet RM200 bilion pakatan sebagai realistik sedangkan kenyataannya mereka tidak mempunyai wang di tangan mereka.

Katanya, jika pembangkang punyai kualiti, mereka seharusnya menumpukan kepada usaha penambahbaikan sosial ekonomi negara bukannya berangan tidak tentu hala tanpa rasa malu.

“Anwar menjadi Menteri Kewangan tahun 1996. Dipecat daripada menjawat Menteri Kewangan tahun 1998. Anwar punyai pengalaman dua tahun membentang bajet.

“Bajet yang dibentangkan pada ketika itu memang realistik dan mampu dicapai kerana wang berada ditangannya. Itu dahulu. Sekarang Anwar masih lagi berfantasi akan ceritera dia masih lagi memangku jawatan Menteri Kewangan. Sungguh sadistik si Anwar…,” katanya.

No comments:

Post a Comment